Syukur alhamdulillah kepada Allah s.w.t serta jibril dan malaikat-malaikat seterunya. Setelah sekian lama menyemai impian dan harapan, akhirnya rezeki telah mula menampakkan wajah. Kerana sesungguhnya mengembala itu satu teladan terindah mencipta seorang usahawan lagenda kita (Rasulullah s.a.w) maka sejak itulah gua mula jatuh chinta untuk menjadi sang pengembala. Semoga, blog ini akan diupdate dengan info-info dan apa sahaja berkaitan dengan sarikat.
OBJEKTIF:
Dengan ini sebagai langkah pertama, maka MERAIH BUMI adalah cabang ideologi dibawah jenama malasbernafas demi membantu sedikit sebanyak masalah kekurangan sumber daging merah dunia (InsyaAllah). Selain itu, kami secara tak langsung akan membantu sesiapa yang mempunyai masalah untuk mendapatkan bekalan daging bagi majlis-majlis agama, keramaian dan selainnya dengan harga lebih murah sebagai rasa kasih sesama manusia.
NANTIKAN INFORMASI SETERUSNYA DAN DOAKAN KESEJAHTERAAN PERJALANAN KAMI DAN KITA BERSAMA..
*mengapa Meraih Bumi perlu untuk anda?
kerana kami adalah tenaga orang-orang muda dan jiwanya Rock 'n' Roll..kapitalis itu bukan siapa-siapa pada kami. Hasil-hasil penternakan kami pasti unik dari pelbagai sudut biasa. InsyaAllah