menternak lembu bukanlah semudah yang disangka. gua dah rasa! memang seronok bila kita dengar cerita tambahan pula dengan otak ligat berkira-kira tentang angka. pengiraan kasar menilai jumlah aset dari bilangan stok lembu kita memang indah khabar dari rupa.
dulu gua ingat semakin banyak lembu, semakin banyak duit untuk masa depan. tapi itu semua sandiwara belaka. di negara kita yang tercinta ini, tiada ruang sesuai untuk penternak menempa kedudukan yang selesa.
masalah pasti ada terutamanya masalah 'cliche' bangsa. masalah rutin yang sukar diubah dan takkan berubah. semua tahu semua rasa. so, tak perlu gua nak cerita.
masalah modal adalah masalah biasa. tapi bagi gua, modal bukan bahan utama, jika kita minat dan ada usaha, semuanya akan menjadi lancar.
masalah kawasan ternakan mempunyai 'rating' tertinggi kepada semua penternak kerana kawasan ternakan adalah asas utama. kebanyakan penternak kecewa, gagal dan berputus asa berpunca dari masalah ini. bukan sahaja kerana faktor keluasan malah ia melibatkan faktor geografi kawasan terbabit.
untuk kali ini, gua berkongsi tentang ritual penternakan amalan gua untuk 'survive' dalam masalah-masalah berkait.
bagi gua, masalah itu bayang-bayang kepada segala perkara. jika ada cahaya maka pasti ada mereka. sedapkan hati, percaya bahawasanya kejayaan itu pasti ada jika masalah itu bersama kita.
sebenarnya, masa adalah faktor atau subjek utama dalam ritual ternakan kita. masa menentukan segala-galanya. masa sangat penting kepada setiap kejayaan. semua otai-otai yang berjaya kekal dengan cerita dan pengalaman mereka melibatkan masa sehingga mereka berjaya untuk dijadikan contoh. soal modal,kawasan dan apa jua perkara lain adalah 'punchline' untuk kejayaan kita.
masa dijadikan satu surah dalam kitab bagi membuktikan bahawasanya masa itu adalah kunci segala-galanya. gua banyak berjalan mengenal pelbagai bangsa serata dunia, gua belajar satu perkara yang sangat-sangat indah. banyak ilmu yang gua perolehi dari pemerhatian peribadi.
jika di indonesia, mereka hidup dalam kesukaran dan penderitaan kesan ekonomi kapitalis dunia. maka, kesukaran itu dijadikan kekuatan untuk mereka terus hidup. tapi, dikampung gua, bukan kampung luorang la, manusia menjadikan masalah itu sebagai satu perkara yang melemahkan hidup mereka..maka, terus lemah sehingga tidak mampu memerah keringat kecuali lidah sahaja yang ligat berbicara dusta..
bersambung..