Wednesday, March 6, 2013

ritual penternakan

menternak lembu bukanlah semudah yang disangka. gua dah rasa! memang seronok bila kita dengar cerita tambahan pula dengan otak ligat berkira-kira tentang angka. pengiraan kasar menilai jumlah aset dari bilangan stok lembu kita memang indah khabar dari rupa.

dulu gua ingat semakin banyak lembu, semakin banyak duit untuk masa depan. tapi itu semua sandiwara belaka. di negara kita yang tercinta ini, tiada ruang sesuai untuk penternak menempa kedudukan yang selesa.

masalah pasti ada terutamanya masalah 'cliche' bangsa. masalah rutin yang sukar diubah dan takkan berubah. semua tahu semua rasa. so, tak perlu gua nak cerita.

masalah modal adalah masalah biasa. tapi bagi gua, modal bukan bahan utama, jika kita minat dan ada usaha, semuanya akan menjadi lancar.

masalah kawasan ternakan mempunyai 'rating' tertinggi kepada semua penternak kerana kawasan ternakan adalah asas utama. kebanyakan penternak kecewa, gagal dan berputus asa berpunca dari masalah ini. bukan sahaja kerana faktor keluasan malah ia melibatkan faktor geografi kawasan terbabit.

untuk kali ini, gua berkongsi tentang ritual penternakan amalan gua untuk 'survive' dalam masalah-masalah berkait.

bagi gua, masalah itu bayang-bayang kepada segala perkara. jika ada cahaya maka pasti ada mereka. sedapkan hati, percaya bahawasanya kejayaan itu pasti ada jika masalah itu bersama kita.

sebenarnya, masa adalah faktor atau subjek utama dalam ritual ternakan kita. masa menentukan segala-galanya. masa sangat penting kepada setiap kejayaan. semua otai-otai yang berjaya kekal dengan cerita dan pengalaman mereka melibatkan masa sehingga mereka berjaya untuk dijadikan contoh. soal modal,kawasan dan apa jua perkara lain adalah 'punchline' untuk kejayaan kita.

masa dijadikan satu surah dalam kitab bagi membuktikan bahawasanya masa itu adalah kunci segala-galanya. gua banyak berjalan mengenal pelbagai bangsa serata dunia, gua belajar satu perkara yang sangat-sangat indah. banyak ilmu yang gua perolehi dari pemerhatian peribadi.

jika di indonesia, mereka hidup dalam kesukaran dan penderitaan kesan ekonomi kapitalis dunia. maka, kesukaran itu dijadikan kekuatan untuk mereka terus hidup. tapi, dikampung gua, bukan kampung luorang la, manusia menjadikan masalah itu sebagai satu perkara yang melemahkan hidup mereka..maka, terus lemah sehingga tidak mampu memerah keringat kecuali lidah sahaja yang ligat berbicara dusta..

bersambung..

Monday, February 25, 2013

lembu dan budaya ekonomi sekitar

gua tak berapa pandai menilik ekonomi. gua tak berapa pandai melakar graf statistik untuk pasaran akan datang. cuma yang gua pandai adalah terus belajar berurusniaga mencari rejeki halal. berdisplin mengikut konsep kiraan jual beli islam. meletakkan kapitalis dan riba itu di sempadan berbeda. itu sahaja yang gua pegang untuk terus tenang mengharungi budaya ekonomi semasa.

gua baru setahun jagung dengan dunia lembu. baru berjinak-jinak berjualbeli ternakan. baru kenal-kenal otai-otai berdekatan. dari pengalaman yang gua dapat, sebenarnya usia atau jangkamasa kita dalam arena ini belum menjamin keselesaan kita. syukur gua ada pengalaman berniaga. walaupun berbeda jenama namun aplikasinya sama saja dan ia cukup mudah. yang penting kita tau apa yang kita mahu dan kita tahu sejauhmana keikhlasan hati kita melakukan urusan ini.

budaya ekonomi semasa memang agak aneh kerana didikan awal kita tentang budaya ekonomi yang sukar dan tidak jelas. menurut sejarah dan buktinya yang kekal sehingga kini, saudagar yang berjaya itu adalah beragama islam. berpegang kepada ajaran lengkap tentang urusan mencari rejeki. mejauhkan riba dalam urusan. lihat budaya ekonomi sekarang, riba itu sebagai tulang belakang. abis smua hal-hal diambil kira sebagai kos dan keuntungan. tiada hal yang bisa ditolak tepi sebagai subjek ikhlas dalam urusan.

mengapa kita terperangkap dengan suasana yang kurang jelas. sama-samar itu tidak digalakan dalam islam. budaya ekonomi itu mudah. kita beli barang dengan harga demikian, kita jual pula dengan harga yang telah di kira sebagai untung pusingan tidak melebihi 3 kali ganda. mengapa tiga kali ganda, kerana perkiraan itu sudah afdal dan selamat jika berlaku pertambahan kos-kos yang tak di duga. tak perlu menurut budaya ekonomi semasa. kita tidak perlu mengikut nilai yang diletakkan oleh kapitalis-kapilatis yang mengiria bahagian keuntungan mereka. kita kira berapa kita untung dari modal kita, kita boleh terus melangkah dan orang sekeliling tidak beban dengan harga kita. inflasi itu bisa tewas jika kita tidak agungkan riba. mungkin semua mahu kaya kerana kita tidak pernah merasa perasaan menjadi kaya. kekayaan itu bukan dari keuntungan besar yang kita cipta. kekayaan itu adalah ketentuan tuhan. Dia memilih sesiapa yang Dia tahu berhak menjadi kaya. ada manusia mudah menjadi kaya dan mudah lupa kekayaan itu milik siapa. ada manusia sukar menjadi kaya dan berasa dia berhak menjadi kaya. hakikatnya, kekayaan itu adalah rahmat, rahmat yang ditentukan sendiri oleh tuhan kepada mereka yang berhak. jangan terlalu berfikir untuk memiliki kekayaan..sebetulnya kita berfikir untuk sama-sama mencari rejeki, menjadi aman dan tenang tanpa tekanan spekulasi ekonomi. kekayaan itu akan datang dengan sendiri apabila kita tenang meniti hari. bukan kerana kita terlalu agresif mencari rejeki sehingga lupa batas-batas rejeki.

kita orangmuda, budaya ekonomi itu milik kita. kita yang akan mula mencorak kembali budaya ekonomi itu. kita sama-sama menjadikan budaya itu lebih baik dari sediaada. yang penting, kita orangmuda, bila melintas dihadapan yang tua, tundukkan kepala, melintas sahaja. biar yang tua relax balut rokok daun tersenyum terkenang masa muda mereka. biar mereka rasa puas dengan dunia depan mereka..semoga kita mempunyai jiwa yang kental dan terus berusaha dengan cermat dan berhemah..semoga kejayaan itu menjadi milik kita sekalian.

gua sekadar berkongsi apa yang gua belajar bila melewati daerah orang, meneliti budaya dan fikiran orang. syukur gua ada rejeki sedikit untuk belajar tentang masyarakat asing yang jauh berbeda dari kita. ada yang kurang ada yang lebih. tetapi semuanya kekal tenang dengan hari-hari mereka. perasaan itu sebagai mainan untuk hiburan masa kita. keringat dan keihklasan kita berjuang itu adalah senjata utama untuk kekal dipersada. dirgahayu tanah tumpahdarah kita. semoga kita kekal dengan jatidiri sebagai bangsa berjaya \m/

Saturday, February 16, 2013

arah tuju

ke mana arah tuju KL|MB atau adakah gua sendiri sudah hilang arah tuju..

tiba2 persoalan ini terbit semasa gua dalam flight pulang ke malaya sebentar tadi. tak jadi tido, tak jadi layan movie walaupun selesa dalam kelas utama. berjam2 di ruang angkasa. abis masa gua memikirkan persoalan ini dan tiada jawapan tepat cuma ada pilihan A,B,C sahaja.

so, untuk membuktikan gua masih muda remaja, gua tidak memilih mana-mana jawapan dan biarkan persoalan tersebut menjadi perkara untuk gua fikirkan masa bosan. gua cabar keremajaan gua dengan memporak perandakan program penternakan gua dan bereksperimen untuk mempercepatkan proses pembelajaran gua dalam sektor ini. gua buat semua benda, gua henjut sejauh mana yang gua berada.

kesimpulannya mudah..

kita ORANGMUDA! memang takde arahtuju. jiwa kena ROCKnROLL

Friday, February 15, 2013

Merisik ruang business di tempat orang

Harinie, gua amat happy sebab pengeluaran lembu sudah mencapai angka 100. Syukur atas rahmat dan tenaga kerja yang mantap. Sekarang gua berada di tempat orang, namun..kartel tetap beroperasi seperti biasa. Bergerak seperti sediaada walaupun sekadar kandang tumpang.

Sudah beberapa hari perbincangan tertumpu kepada projek ternakan, gua berharap projek ini menjadi kenyataan. Maklumlah, bukan kampung kita. Sekarang hanya terpulang kepada tuan tanah. Semoga ada rejeki untuk KL|MB mengorak langkah setapak lagi untuk mempunyai bank simpanan ternakan untuk memenuhi permintaan pelanggan budiman

Monday, February 11, 2013

pascabanjir

syukur alhamdulillah..

walaupun masih rintik hujan di KL|MB, namun keresahan dan kerisauan ancaman banjir sudah hilang. semuanya dalam keadaan terkawal sekarang dan proses pembangunan semula telah bermula secara berperingkat-peringkat.

analisa dan rekod kerugian dicampak ke tepi demi memastikan semangat terus membara. kehilangan dan kematian ternakan dianggap sebagai tiada rejeki untuk KL|MB.

namun begitu, gua tetap bangga dengan ketabahan dan semangat juang konco-konco kartel gua. K|LMB sebagai kartel pengeluaran ternakan semakin dikenali dan rancak berurusan dengan seantero pelanggan dari pelusuk negara, begitu juga jalinan persefahaman bersama taiko-taiko lembu sekitar. hubungan diplomasi ini amat membakar semangat utk gua terus bergerak. ditambah pula kartel K|LMB telah ditambah menerima seorang lagi konco yang berpengalaman dan beranimati demi memastikan segala perancangan dapat dilaksanakan.

dalam kekelutan pembangunan semula KL|MB, kartel K|LMB beroperasi sementara di kandang taiko yang sangat mendorong kami. untuk waktu ini, operasi berjalan lancar dan urusan rasmi jual-beli dilakukan di kandang otai selancar Mat Kedah (MK). so, port baru gua adalah di situ sementara menanti kandang kartel di KL|MB sempurna pembinaannya.

syukur dengan apa yang berlaku, untuk setakat ini, dalam kekecohan, kartel berjaya kekal digaris perancangan mencapai target untuk tahun ini. beberapa urusan berjaya dengan lancar di kandang MK.
untuk sebarang pertanyaan atau pemintaan untuk ternakan atau karkas, anda boleh rujuk gua atau kartel K|LMB. KL|MB mempunyai stok ternakan yang cukup untuk menampung permintaan pasaran sebanyak 50 ekor seminggu dan gua berazam untuk menambah bilangan stok ternakan sediaada bagi memenuhi permintaan yang terlalu tinggi dengan harga patut.

sekian, doakan yang baik-baik sahaja untuk penternak kita \m/

Thursday, January 17, 2013

falsafah sang penternak

hari jumaat, berkat lebih. teringat plak kat arwah bapak gua yg pergi buat selamatnya pada hari jumaat. masih kekal setiap babak pemergian beliau. so, bukan nak cerita sedih tp berkongsi sedikit amanat malam terakhir beliau yang gua mengerti sedikit demi sedikit sejak menjadi dewasa nie.

bukan nak reka cerita atau apa,tapi peristiwa masih kekal dalam jiwa gua. malam jumaat sebelum pemergian beliau, kami berjalan merentasi malam felda dan pelbagai perkara dipesan dari tanggungjawab seorang manusia menjadi anak menjadi ketua dan sehinggalah menjadi seorang insan yang berjaya dan dihormati oleh sekalian alam.

bila makin besar nie, baru gua mengerti setiap pesanan beliau. kami bukan keluarga kaya raya tetapi amanat inilah harta pusaka paling berharga dan paling tinggi nilai sentimentalnya.

dalam banyak-banyak perkara, malam tadi gua baru memahami satu bab tentang menghormati alam raya.

kami berjalan merentasi malam gelita dan gua masa tu berumur 12 tahun. minda tidak pantas mengolah input tetapi cerdas menyimpan semua. syukur pada tuhan yang memberi nikmat. merendah malam gelita sehingga kami tiba di suatu tempat yang gua sendiri tak tau kat mana. sunyi, gelita dan jelas bayang-bayang pokok rimba yang hitam-hitam belaka. terpacul satu pesanan beliau,

" kita manusia diciptakan menjadi khalifah. itu bukan untuk menjelaskan kita ini ada kuasa tetapi ia memupuk kita belajar mencari penghormatan di alam semesta"

perkara ini gua tak pernah ambil peduli sehingga huraiannya datang sendiri menerusi pengalaman dan rutin gua setiap hari. apa maksudnya?

setelah beberapa tahun gua menjalani kehidupan tanpa beliau, jatuh bangun atau gagal sekejap sendirian. kini gua semakin memahami maksud pesanan beliau.

egois kita jelas diceritakan dalam kitab bahawa kita ini khalifah tetapi kewibawaan itu tidak jelas dalam diri kita kerana etika dan cara kita berdepan dengan semesta. bila gua berfikir sekarang, semuanya menjurus ke arah seorang penternak baru belajar yang ingin berjaya.

berpandukan pada konsep pesanan arwah, yang jelas pada pemahaman gua adalah, benar kita ini khalifah kerana kita punya akal dan agama serta keistimewaan bani manusia melebihi dari segala ciptaan tuhan di seluruh alam. maka, gunakan sifat khalifah ini untuk menjadi seorang pemimpin yang tinggi penghormatannya. tidak perlu dijulan nama dengan kuasa budaya cukup sekadar kita menjadi ketua yang bijaksana dan adil pada setiap perkara sekeliling kita termasuklah ternakan kita.

maka, amanat inilah menjadi falsafah untuk gua sebagai penternak yang inginkan kejayaan. menternak dengan etika dan memahami konsep hubungan sesama ciptaan. gua masih baru dan gua perlukan lebih banyak ilmu.

memang orang cakap bela lembu untuk kaya, tetapi bagi gua, menternak ini sebagai pelajaran untuk gua lebih memahami makna perkara dalam pesanan ringkas tersebut. belajari menjadi seorang manusia dan belajar tentang arti menjadi ketua kepada diri sendiri, keluarga dan segala yang berkaitan.

so, gua berani katakan, menjadi penternak berfalsafah lebih menjanjikan kejayaan kekal daripada menjadi penternak mengerja harta. kejayaan pasti ada untuk semuanya tetapi kekal atau tidak itu urusan tuhan yang maha esa. yang pasti usaha kita dan nawaitu awal kita untuk hari-hari muka.

semoga jibril sentiasa mendampingi kita semoga tuhan sentiasa memberi rahmat agung kepada kita semua. al-fatihah untuk mereka yang sudah tiada. semoga kejayaan itu tercipta untuk semua..

assalamualaikum..

Tuesday, January 15, 2013

versus imaginasi | john lennon


ini adalah john lennon, beliau bukan pemilik KL|MB ataupun pemegang saham terbesar atau rakan kongsi gelap. beliau tiada kaitan dengan lembu tetapi beliau kekal berkait dengan KL|MB..ini lipurlaranya..

gua suka gaya berfikir beliau. gua suka gaya beliau mengubah manusia. gua suka ide-ide beliau dan gua bukan suka semua hal tentang beliau..

gua sudah puas jatuh bangun terduduk tersungkur, gua tidak pernah rasa itu gagal walaupun perit nak terima. bila gua fikir-fikir balik, itu semua rintangan kecil semata. gua selalu cakap kat diri gua sendiri apa yang beliau cakap kat orangmuda seluruh dunia.

"YOU MAY SAY THAT I'M DREAMER, BUT I'M NOT THE ONLY ONE" 

so, berbekalkan sebaris versus ini gua jalan terus ke depan, kadang-kadang tengok gak kiri kanan dan belakang untuk gua tidak terlalu egois sendiri. gua tak kisah orang nak cakap gua berangan atau gua mat jenin. yang pasti, gua dah melangkah setapak dua untuk gua sampai langkah yang berjuta. impian tinggi melangit itu standard. imaginasi sangat penting untuk kita berjaya. tanpa imaginasi, tipikal itu tidak enak untuk digendong seluruh usia. 

kadang-kadang, gua akur dengan takdir, gua kalah dengan konflik rekaan sendiri. gua murung dan berdiam diri. ada masanya, gua sekadar melihat,mendengar dan membiarkan semuanya pergi. 

so, inilah gua yang kekal pada tona malar segar, tona warna asas dalam kehidupan kita..selamat berkenalan dan selamat maju jaya untuk kita semua.. 











Monday, January 14, 2013

mistik, esotik dan antik | gua dan kandang

dah lama tak memblog, sibuk dengan KL|MB dan K| LMB. dulu pergi kandang pagi balik petang, sekarang pergi pagi balik malam. masih takde apa yang best untuk berkongsi tentang KL|MB kerana masih dalam pembinaan fasiliti. namun K| LMB telah mula beroperasi dah lembu-lembu sudah sibuk keluar masuk negeri. walaupun agak tipikal suasana desa, namun kemeriahan kerjasama di KL|MB amat menyeronokkan. KL|MB bukan sekadar kandang lembu atau pusat jualan lembu hidup, ia adalah tempat dimana ikatan antara beberapa penternak-penternak baru dan lama bermula. dorongan dan sokongan otai-otai sekitar sangat menyemarakkan lagi daya usaha gua.

dalam kesibukan dan keseronokan melayan kerenah lembu-lembu gua, terselit beberapa kisah menarik yang patut dikongsi bersama. kisah mistik, esotik serta kisah antik masyarakat kita.

MISTIK      

lembu jadian.
sejak bermula proses membangunkan padang ragut dan sungai buatan di KL|MB, ada berlaku beberapa peristiwa mistik atau mungkin gimik semata utk meriangkan penat kami yang bekerja. kisah pertama dimulakan dengan kemunculan lembu besar kehitaman bermata merah di dalam kawanan lembu-lembu gua. gua ingat angus gua dah pandai main dalam hutan, rupa-rupanya ia lembu jadian yang gua impikan. hitam, ganas dan gagah. kemunculan sekadar 2 kali sahaja untuk setakat ini.

pekerja tambahan.
selang beberapa hari berikutnya, berlaku lagi peristiwa aneh di mana terdengar suara orang memberi arahan kepada lembu-lembuan untuk pulang ke kandang. setiap petang memang gua selalu panggil lembu balik kandang untuk dibelai-belai sebelum dilepaskan semula ke habitat mereka. kisah ini berlaku pada suatu petang ketika gua keluar untuk membeli barang dan meninggalkan kandang tanpa sesiapa. datang seorang otai nak lepak sembang, dia tgk kereta gua xde tp dia dengar suara orang halau lembu blk kandang. dia duduk lepak tepi kandang dan terkejut bila gua sampai dari kedai dengan gua punya staf. dia ingat ada orang tp memang lembu-lembu gua balik kandang semua. mulai dari peristiwa itu, gua dah senang kerja, petang je, lembu semua balik sendiri. tak payah susah-susah nak cari. aneh tapi gua just bersyukur sebab lembu senang balik kandang.

zon bersih.
setiap hari gua akan ronda dan berjalan-jalan untuk mengenali lebih dekat kawasan KL|MB. gua akan berjalan berseorangan kerana masih gagal mendapatkan anjing bodyguard gua sang dobermann. sambil gua jalan, gua akan meneliti setiap persekitaran yang ada. sudah beberapa zon bersih yang gua jumpa dan gua sangat tertarik kerana ia seperti kawasan yang dijaga rapi oleh pihak berkuasa. namun begitu, zon bersih ini sentiasa berubah kedudukan dan ditemui sekali-sekala sahaja dalam rutin rondaan gua. walau apapun yang difikirkan dan berlaku, gua cuma berdoa agar semuanya akan memberi kebaikan untuk gua, lembu dan penjaga zon kebersihan ini. gua cuma mencari rezeki dan tidak punyai niat untuk melakukan perkara-perkara durjana. dunia untuk dikongsi dan ia bukan milik sesiapa.

jumlah lembu yang bertukar-tukar.
setiap hari gua akan mengira lembu dan merekodkan kematian atau kelahiran atau kehilangan lembu-lembu gua. namun, berlaku beberapa perkara pelik di mana jumlah lembu berubah setiap hari dan agak serabut gak kepala gua nak kira. total lembu-lembu jinak gua setakat ini dalam 100 ekor, hari ini gua kira cukup, esok kira lebih, lusa kira kurang, tulat tengok anak berderet-deret, pastu ibu masih tak beranak. bila time kurang, tengok muka semua ada, panggil nama semua angkat tangan. tak boleh nak ambil berat sangat perkara macamnie, cuma biarkan mereka berkawan dan bahagia menikmati kasih sayang gua.

walaupun perkara-perkara begini berlaku, ia datang seperti ada masanya, mungkin ini perasaan gua atau gimik orang-orang terlibat di situ, atau ia sekadar hiburan melayan penat kami berkerja.

ESOTIK
part esotik memang gua suka, tapi sebelum tu, blog nie luorg kena faham, bukan blog menjual ternakan, ini blog peribadi gua sebagai penternak lembu. berkongsi fikiran,falsafah, idea dan darahmuda bersama. ok, kembali ke bab esotik, sejak kebelakangan nie, banyak haiwan-haiwan esotik atau rare yang gua jumpa di persekitaran KL|MB, feel bawa discovery tu adalah sebab mcm jalan2 kt safari. hehe..so, ini je teaser esotiknye..nanti luorg datang KL|MB luorg feel sendiri..semoga ada rejeki luorg nanti k.

ANTIK
hmm..bab pun dah nama antik,so, benda lama yang digendong sepanjang masa. cerita business orang kita. mungkin muka gua nie muka cop sedia untuk dianiaya atau diambil kesempatan..haha. tapi nak buat macamana, nak masuk sesuatu bidang tu, mesti kena ada yuran kelas tambahan. tapi gua tarak hal la, gua malas nak amik berat,malas nak touching-touching. macam biasa, takde ribut, takde petir, lu nak cari pasal, gua xde hal. letak noktah. tutup mulut, simpan dalam hati, peram jadi basi pastu buang. bila kita dok provok kat orang yang kita nie betul, si polan salah, itu seperti membuka pekong sendiri. so, diam-diam sudah. jaga lembu, jual lembu, beli lembu pakai duit gua sendiri, takde nak mintak-mintak kat orang lain termasuk makbapak gua. so, ini cerita lembu cerita gua sendiri. tak perlu ada orang nak tokok tambah.

sungguh padat jadual gua, mcm cerita dan kerja dalam beberapa minggu nie. walau apapun yg terjadi, gua tau gua berdiri atas kaki sendiri. gua tak heran itu ini, gua cari makan semua cari makan, jual beli lembu sama-sama dapat makan, sikit pun jadilah, janji sama-sama rasa. gua bukan jenis orang kebulur duit. kalau mau cepat kaya, jangan bela lembu kat malaysia, pergi bela lembu kat australia..tananh luas ma..gua main lembu bukan sebab mau kaya ma. KL|MB tu tempat gua bela pet gua je. K|LMB plak abg gua yang uruskan. duit gua keluar, modal masuk, untung gua kasi semua yang berkerja rasa. gua tarak rasa, rejeki gua dengan lembu masih belum ada ma..so, kalau luorg nak cepat kaya jangan bela lembu kat malaysia, sektor lembu ini hanya untuk mereka yang ingin berjaya bukan kaya. AD FAHAM!