Thursday, January 17, 2013

falsafah sang penternak

hari jumaat, berkat lebih. teringat plak kat arwah bapak gua yg pergi buat selamatnya pada hari jumaat. masih kekal setiap babak pemergian beliau. so, bukan nak cerita sedih tp berkongsi sedikit amanat malam terakhir beliau yang gua mengerti sedikit demi sedikit sejak menjadi dewasa nie.

bukan nak reka cerita atau apa,tapi peristiwa masih kekal dalam jiwa gua. malam jumaat sebelum pemergian beliau, kami berjalan merentasi malam felda dan pelbagai perkara dipesan dari tanggungjawab seorang manusia menjadi anak menjadi ketua dan sehinggalah menjadi seorang insan yang berjaya dan dihormati oleh sekalian alam.

bila makin besar nie, baru gua mengerti setiap pesanan beliau. kami bukan keluarga kaya raya tetapi amanat inilah harta pusaka paling berharga dan paling tinggi nilai sentimentalnya.

dalam banyak-banyak perkara, malam tadi gua baru memahami satu bab tentang menghormati alam raya.

kami berjalan merentasi malam gelita dan gua masa tu berumur 12 tahun. minda tidak pantas mengolah input tetapi cerdas menyimpan semua. syukur pada tuhan yang memberi nikmat. merendah malam gelita sehingga kami tiba di suatu tempat yang gua sendiri tak tau kat mana. sunyi, gelita dan jelas bayang-bayang pokok rimba yang hitam-hitam belaka. terpacul satu pesanan beliau,

" kita manusia diciptakan menjadi khalifah. itu bukan untuk menjelaskan kita ini ada kuasa tetapi ia memupuk kita belajar mencari penghormatan di alam semesta"

perkara ini gua tak pernah ambil peduli sehingga huraiannya datang sendiri menerusi pengalaman dan rutin gua setiap hari. apa maksudnya?

setelah beberapa tahun gua menjalani kehidupan tanpa beliau, jatuh bangun atau gagal sekejap sendirian. kini gua semakin memahami maksud pesanan beliau.

egois kita jelas diceritakan dalam kitab bahawa kita ini khalifah tetapi kewibawaan itu tidak jelas dalam diri kita kerana etika dan cara kita berdepan dengan semesta. bila gua berfikir sekarang, semuanya menjurus ke arah seorang penternak baru belajar yang ingin berjaya.

berpandukan pada konsep pesanan arwah, yang jelas pada pemahaman gua adalah, benar kita ini khalifah kerana kita punya akal dan agama serta keistimewaan bani manusia melebihi dari segala ciptaan tuhan di seluruh alam. maka, gunakan sifat khalifah ini untuk menjadi seorang pemimpin yang tinggi penghormatannya. tidak perlu dijulan nama dengan kuasa budaya cukup sekadar kita menjadi ketua yang bijaksana dan adil pada setiap perkara sekeliling kita termasuklah ternakan kita.

maka, amanat inilah menjadi falsafah untuk gua sebagai penternak yang inginkan kejayaan. menternak dengan etika dan memahami konsep hubungan sesama ciptaan. gua masih baru dan gua perlukan lebih banyak ilmu.

memang orang cakap bela lembu untuk kaya, tetapi bagi gua, menternak ini sebagai pelajaran untuk gua lebih memahami makna perkara dalam pesanan ringkas tersebut. belajari menjadi seorang manusia dan belajar tentang arti menjadi ketua kepada diri sendiri, keluarga dan segala yang berkaitan.

so, gua berani katakan, menjadi penternak berfalsafah lebih menjanjikan kejayaan kekal daripada menjadi penternak mengerja harta. kejayaan pasti ada untuk semuanya tetapi kekal atau tidak itu urusan tuhan yang maha esa. yang pasti usaha kita dan nawaitu awal kita untuk hari-hari muka.

semoga jibril sentiasa mendampingi kita semoga tuhan sentiasa memberi rahmat agung kepada kita semua. al-fatihah untuk mereka yang sudah tiada. semoga kejayaan itu tercipta untuk semua..

assalamualaikum..

No comments:

Post a Comment