Friday, December 28, 2012

garis natural..

apa itu garis natural..konsep ini patut ada dalam dunia penternakan. konsep meletakkan standard asas utk menjamin kebajikan semua pihak.

 "kalau lu slaughter, gua pengembala, kalau lu taknak angkat, gua takde masalah sebab memang membela tu kerja gua. tapi kalau lu bnyk bunyi, takut esok lu datang mencari lagi.."

sampai pukul 12 tengahmalam urusan baru selesai. buah last mcmnie je la ayat gua. so, untuk mengelakkan perkara ini dan ayat ini terpacul antara gua dgn luorg kelak, mari kita letakkan satu standard asas dalam urusan kita. tak perlu kita paparkan pada papan tanda kandang, cukup kita semat dalam jiwa kita, lu cari makan, gua cari makan. sama-sama makan, tak perlu terlalu kenyang, janji boleh makan..

standard asas umum yang mudah untuk setakat jam ini, paksi X dan Y..lu letak sukahati luorg mana satu berat, mana satu harga. terbalik pun xpe sebab ia kekal adil dan saksama. tapi. pastikan garisan natural tu ada. melintang serong di antara kedua paksi X dan Y kita kerana garisan itu adalah panduan bersama. mungkin garisan lu rendah, garisan gua tinggi kenyataannya, tidak jauh beza antara apa yg kita minta dan apa yg kita beri. dari konsep mudah ini, kita jelas melihat kebajikan kedua-dua pihak terjaga dan sama-sama boleh cari makan untuk anak bini.

logik ada, jika Y itu berat dan X itu harga, semakin tinggi berat lembu itu, makanya semakin jauhlah harganya..begitu juga sebaliknya jika Y itu harga dan X itu berat, semakin tinggi harga lembunya bermakna semakin jauh berat dari biasa. mengapa kita buang konsep asas begini semata-mata sifat pentingkan diri.

lu slaughter atau gua slaughter ke, kita perlu ingat, tanpa mereka yang menitis peluh menternak lembu, daging utk kita jual takde. masing-masing ada bahagian masing-masing, masing-masing punya hak untuk bersaing, tetapi biar pada kadar yg patut dan adil.

masalah menilai lembu dengan kalkulator mata kasar adalah tidak adil terutamanya jika itu adalah KK. gua cukup pantang bila org tgk KK je terus cakap takde value. takpe, itu hak masing-masing dan KK tetap lembu agung..khazanah nature utk tropika kita. janji gua tetap sayang KK sama seperti lembu-lembu lain.

moral of the writing adalah, hidup kena ada disiplin dan etika. kerana minda dan jiwa yang kotor, kita bisa membunuh satu nyawa. memang kita kotor kerana mudah sahaja. ia jelas pada persepsi mata bila melihat KK itu taruhannya. sekian, gua dah penat dan nak tidur kerana pagi-pagi esok gua kena bw breakfast utk lembu-lembuan KK gua..

semoga kita bisa merenung apa yg kita rasa ia baik untuk mendewasakan kita dan berguna untuk majukan bangsa kita..

Wednesday, December 26, 2012

projek jangka panjang bakal bermula (strictly for angus lover only)


mula-mula gua main lembu suka-suka, gua fikir lembu itu semuanya sama. namun setelah disepak, diamuk dan dipecahkan kandang oleh mereka, gua sadari lembu itu ada sifat unik mereka mengikut bangsa-bangsa mereka. dari kisah magis lembu samari (yahudi zaman musa) sehingga ia dibawa ke sungai gangas meneroka tamadun manusia, gua mula jatuh chinta sedikit demi sedikit.

bermula dengan rasa chinta berlebih ini, gua terus meletakkan lembu itu sesuatu ciptaan yang sangat esotik dan sesetengahnya begitu erotik. bila bicara lembu, gua akan lantang mengatakan mereka ini esotik sehingga pegawai vaterinar mula menerima terma ini. mulai saat itu, gua terus meneliti dan mengkaji bagaimana untuk gua mulakan sesuatu yang boleh mendidik masyarakat tentang perkara ini. gua mahukan semua lembu itu dikomersialkan sifat esotik mereka.

seperti kebanyakan orang bicara, si Nelo itu mudah naik minyak, itu benar, gua sudah merasainya, abis pecah kandang dek anginnya. si Brahman itu lembu bandar, itu juga benar, tidak bisa dia meneroka kawasan yang sukar, terkena duri, alamatnya tenat seketika. si KK itu lembu cokia..haha..ini gua marah! KK itu khazanah kita, jangan beda-bedakan saiz kerana kita alpa dengan erotik bangsa mereka. KK ini kecil tetapi ia gagah sebenarnya. lembu France yang gagah-gagah saiz mereka itupun unik juga. menarik minat semua golongan penternak kerana warna dan namanya. tak kisahlah bloodline peratus banyak mana, janji boleh dinamakan charolis, jalan saja..harga tidak pernah dipersoalkan jika dibandingkan dengan urusan lembu-lembu lain di malaysia. begitulah juga dengan bangsa-bangsa lembu selainnya.

namun, gua kekal memilih keutamaan kepada apa yang gua rasa ia faktor unik yang umum untuk semua. faktor unik yang membolehkan harganya komersial, faktor unik membolehkan ia diangkat sebagai bangsa pendaging terbaik, faktor yang membuatkan kanak-kanak inginkan lembu menjadi binatang peliharaan mereka dan faktor unik yang membuatkan kalian semua kekal ingat KL|MB bila melihat signboard di jalan raya. itu yang gua mahukan dan ia seakan kerjaan tidak kena dalam sektor penternakan yang dipenuhi kekotoran lumpur dan bau yang menggelikan wanita. kerana chinta, tahi itulah wangi baunya..so, gua jalan jela..

so, untuk mengunikkan KL|MB dari kandang-kandang taiko-taiko yang dah lama atau dari kandang tauke-tauke kaya-raya, gua terpaksa bekerja keras meneruskan usaha yang tidak akan nampak apa-apa kecuali kritikan membina dan menghina. so, gua jalan jela..

gua pernah cakap sekarang bukan masa utk gua membina empayar profit, sekarang adalah masa untuk gua membina realiti impian gua terhadap lembu. projek ini menelan kos yang tinggi dan sebab itu gua terpaksa berkira-kira menjual apa yang ada untuk memastikan aliran modal itu kekal sehingga gua berjaya. gua bukan slaughter, gua bukan fidlot, gua penternak yang menjual ternakan untuk meneruskan projek kerana gua budak kampung yang tidak kaya.

bila tiba elemen utama projek, gua kini rasa gembira dan sedikit gementar dengan risiko kematian dan sebagainya. modal lekat pada pejantan ini dan ia akan kekal menjadi investment tepu untuk gua. pelbagai cerita dan pelbagai kerisauan melanda. gua redha jika berlaku perkara yang tidak diduga, gua redha kerana itu takdir antara gua dgn dia. namun, gua kekal melakukan segala usaha terbaik bagi memastikan dia adalah jagoan gua. persiapan habitat tidak se gah mana tapi mungkin sudah cukup untuk dia menjadi haiwan kesayangan..

untuk itu, signboard baru akan naik dan ia menjadi tanda pertama projek KL|MB dalam menempa tempat di antara taiko-taiko dan tauke-tauke sektor ruminan atau daging merah tempatan. so, jika kalian ke KL|MB, pastikan kalian parking pada tempat yang betul.

nama : apis
garisan darah : black angus
umur : 1 tahun
jantina : jantan
berat semasa : tidak dapat dipastikan




Monday, December 24, 2012

KARTEL UNTUK ORANGMUDA!

KL|MB adalah ladang pembiakan gua. utk langkah seterusnya, K|MB.SG telah ditubuhkan dan baru sahaja mencecah umur seminggu jagung dalam sektor kita. K|MB.SG adalah KARTEL ( organisasi mafia jika di Italy) yang akan bergerak secara bebas dengan birokrasi dan undang-undang organisasi sendiri bagi memupuk lebih ramai orangmuda menjadi penternak baru. dengan kerjasama dan nasihat jabatan terlibat, kartel akan memastikan penternak baru mempunyai pilihan dalam membuat keputusan berdasarkan pasaran semasa. kartel akan membuka tawaran terbaik dan kualiti terbaik utk anda mula melangkah!

OBJEKTIF:
  • membekal stok utk perniagaan dan penternakan dengan harga patut
  • mengawal kualiti stok dengan nilai ringgit belian
  • berusaha meletakkan ceiling dan floor price bg menjaga kesejahteraan pasaran dan pertumbuhan sektor penternakan
  • mempunyai infrastruktur dan kemahiran untuk membantu dari segi kualiti baka dan khidmat nasihat.
  • mengumpul seberapa banyak ahli kartel baru untuk menjadi sebuah organisasi asas utk penternak muda memperbaharui cara dan halatuju sektor.
  • memastikan hak penternak tidak dicabuli sesuka hati oleh golongan bangsawan atau taiko-taiko tempatan. 
oleh itu, terus menyokong kartel kami, pengumpulan dana utk infrastruktur RnD dan fasiliti teknologi serta ide2 baru konsep ternakan kartel adalah dari penjualan lembu-lembuan kepada kalian dan pemintaan pasaran. kartel akan memastikan harga terbaik dgn kualiti lembu padan dengan nilai ringgit anda. TERUS MENYOKONG INDEKS KARTEL INI..jika ada jodoh dan rejeki kita, mungkin kita semua membesar dalam kartel yang sama..

doakan yang baik-baik utk kartel dan kita smua. kami baru seminggu jagung, impian kami setinggi gunung. semoga Allah dan malaikat-malaikat sentiasa mendengar doa2 kita. semoga usaha ini direstui bumi..

terus ke FB : Kartelmb.sg utk maklumat seterusnya atau untuk kemusykilan yg ada.


Tuesday, December 18, 2012

tahap slaughter



cerita best..
gua lepak dengan taiko tadi..lembu dia mmg A la sebab dia taiko. gua suka terma dia masa dia tunjuk sekor ibu nie, "yg nie tahap slaugther, mmg cantik tapi dah tahap slaughter"..

so, gua terpikir tentang objektif dan tentatif program penternakan domestik.

dari terma simple td, dari mulut taiko yg disegani..gua terpikir tentang konsep industri domestik. konsep yang ada adalah menternak sehingga tahap slaughter ( lebih ke arah profit).  apa yg KL|MB cuba buat adalah menternak sehingga tahap jatuh cinta. konsep penternakkan hobi. lebih ke arah menikmati kehidupan bersama. gua nak lembu pergi ke satu tahap baru atau lebih lagi ke depan dari tahap slaugther.

maka, tentatif perlu lebih rapi untuk memastikan objektif KL|MB sampai kepada semua ( bukan market sedia ada shj). gua sekadar ingin memeriahkan majlis sahaja.

jangan persoal tentang modal kecik atau besar, modal itu bergantung kepada kemahuan tuan punya tanah. jika kita mahu yang kasar-kasar, maka modalnya pun kasar. jika kita mahu mudah-mudah, maka modalnya itu mudah sahaja.  bukan kerana kita kaya atau tidak, kalau tentang impian, tak ada manusia yang impiannya kecil, semuanya tinggi-tinggi sehingga ke awan. sebab itu namanya impian. waktu sekarang, kenyataannya adalah kejayaan yg kecil dari impian yang besar. sebab tu gua lebih suka imaginasi yang tinggi dan kenyataannya sangat mengujakan jiwa kita.

kita manusia, lembu itu haiwan tetapi kita dalam kumpulan perkara yang punyai ruh dan nyawa. mesti ada connection yang perlu kita teroka dan ianya pasti ada hikmah yang sangat besar utk kebaikan semesta. jiwa gua lebih kepada penulis untuk perkongsian ilmu. bila gua berjalan melihat tempat luar, gua belajar satu perkara. untuk mengubah sesuatu budaya, kita perlu mengamalkan budaya tersebut dah pasti idea pengubah itu akan berjaya walaupun melibatkan masa yang lama. dalam hal ini, gua buka filosoper hebat untuk mengubah sesuatu haluan, gua cuma seorang budak baru belajar tentang lembu yang ingin membuka minda dan mata semua untuk menerima sektor penternakan ini sebagai sesuatu yang istimewa. bukan dipandang enteng dan dikelaskan secara zalim. sebab itu, gua sendiri main taik lembu, kena tendang lembu, pikul kayu kandang dan sebagainya walaupun hakikatnya gua bukan kuat untuk perkara-perkara sebegitu. gua perlu mengalaminya dan merasainya sendiri agar penulisan gua suatu hari nanti bisa dirasai dan dijiwai oleh semua dan memupuk rasa baru yang berbeda tentang budaya memelihara..so, jangan takut untuk berimaginasi dengan KK kepunyaan kita..

Friday, December 14, 2012

CROSSLINE!

ini potret gua. gua xnampak mcm org cerdikpandai atau millionaire atau model ternama atau yb mana-mana dun kt malaysia. sebab dulu gua dah pilih ingin mencari rezeki dgn usaha sendiri, tidak menggunakan segulung kertas dasar pendidikan negara sebagai tiket utk menyara hidup, syukur gua kaya raya dengan macam-macam cerita asam gaya hidup. gua bukan bagus utk menjadi guru kepada sesiapa tp setiap hari gua menjadi guru mendidik jiwa dan otak gua menjadi jiwa yang bersih dan otak yang putih. sekarang, gua dah berubah angin, gua meninggalkan business dan beralih menjadi pecinta lembu. gua baru setahun jagung je ternak lembu, baru kena tendang sekali je. baru kena tipu sket2 je. so, gua bukan menulis teori-teori utk menternak lembu, gua menulis pandangan dan berkongsi pemikiran utk mengubah budaya berkaitan lembu.


babi : CROSSLINE atau dalam bahasa melayu memotong jalinan.

dalam bab nie, gua agak suprise, sepjg berurus niaga dgn apek tua, india, mat saleh malah dengan yahudi diluar sekalipun, terma crossline tak pernah gua kenal sehingga gua masuk arena penternakan. gua pernah ckp kt beberapa bero-bero yg pernah duduk semeja dengan gua yang smuanya lbh otai dalam ternakan, gua bukan jenis takut orang crossline kerana crossline ini pelurunya adalah duit. kalau duit, xkemana ceritanya. mengapa ada terma crossline  dalam arena ini, ia mudah kerana arena ini lambakan bangsa melayu yang bersepah-sepah. mengapa ia terjadi? kerana melayu itu hatinya sangat gothik. jiwanya sentiasa resah melihat saudara sendiri mahu berjaya. bagi gua yg baru setahun jagung nie, perbuatan crossline  ini adalah sangat sumbang dan ia tak perlu ditakuti oleh penternak. jika kita percaya crossline  ini virus dalam usaha kita, maka ia akan kekal sebagai virus yg merosakkan jiwa kita. maka, ia tidak akan bisa diubah oleh mana-mana filosopi agung. abaikan mereka yg suka crossline, teruskan sahaja usaha kita.kental pasti kekal berjaya.

babii : gosip harga

gua enjoy dgn kehidupan sebagai penternak nie. pelbagai ragam dan cerita. gosip harga adalah satu ancaman fitnah dan mungkin malapetaka kepada kita. main lembu, mulut jangan celupar. kita sibuk cerita harga lembu dia begitu begini, harga lembu kita tak konsisten, buyer lari sebab semalam cerita mcmnie,harinie cerita macamtu esok dah start harga merapu. jauhi sifat suka gosip harga demi manjaga keamanan dan kemakmuran antara kandang-kandang kita. lembu dia harga dia, lembu kita harga kita, itu bukan masalah, yang penting kita sama-sama ada lembu betina.

babiii : racist bangsa lembu

nie benda biasa kt malaysia. bila brahman banyak, smua kata brahman barang kasar, bila kk je ada, kk tu la intan permata. jangan kerana saiz kita membeda-bedakan lembu. setiap bangsa itu ada keistimewaan mereka dan ketidaksempurnaan itu abstrak utk kita terjemahkan. ambil yang indah-indah. hidup kekal dengan kesinambungannya. kalau anda percaya pada kuantiti, biarlah yang lain percaya pada kualitinya. lembu kekal esotik walau ia berbeda bangsa. jangan zalim membeli mereka seperti membeli hamba kerana lembu inilah rejeki kita ada.

babiiii : sembang kencang sampai xde angin pun pokok boleh goyang.

sifat nie gua agak kurang gemar, gua pun kadang-kadang terlepas kata jugak. bukan apa, gua dah jmpa dan dengar bnyk sgt kisah lidah lebih laju dari otak yang berfikir. lu nk sembang kencang pun tgk orang, bukan apa, kadang-kadang bila jadi depan mata gua, gua malu. satu kisah iktibar la. gua pernah bawa kawan gua jumpa satu tauke cina, hal lembu punya cerita. itu tauke sudah ngam sama gua punya lama, dia pun main2 lembu saja mau seronok join gua, boleh plak si polan nie sound dia, "lu cina, ada wang jom kita kongsi tapau satu kandang, sana ada tauke cina bnyk lembu, lu senang cerita sebab lu cina, dia cina, saya melayu ma..susah mau kira."
gua dengar ini ayat, gua rasa nak je gua suruh tauke nie buka kandang pitbull kasi gigit itu melayu. sembang mcm lu ada beribu lembu kat kandang, mcm lu ada modal nak campak kat orang. selamatla tauke tu ngam dgn gua, kalau tak, insyaAllah.. budak tu kena pelempang. kita bercakap dpn orang kena pandang-pandang. kalau bercakap dalam internet sukati luorg la..

babiiiii : NFC sana sini sinun

kes NFC nie xabis-abis jd bahan sembang. dah la tu, benda yg unsurnya politik sembang buat buang masa je. kalau lembu tu dah beranak 7 keturunan pun xabis lg. dari menyalahkan orang, baik kita belajar utk jangan buat macam diaorg. kita buat je kerja kita. janji lembu kenyang, kandang tak goyang.

babiiiiii : lu banyak duit bolehla, gua mana ada duit nak buat modal

jangan asyik ckp itu mcm, kadang bagus gak, cakap tu doa, orang yg suka mendoakan kebaikan orang lain mmg gua suka. tp jangan la kita doakan yg baik kt org je, yg buruk kt kita. kita smua sama, janji ada minat ada usaha mesti jalan, kalau lu nak anak dara orang, hantaran sama mcm modal sekandang pun tarak hal kan. janji ada minat mesti ada cara. pelan-pelan kayuh bero,janji jalan sampai hujung dari kayuh laju-laju pancit tengah-tengah..takkan mau tolak sampai hujung..

babiiiiiiii dan seterusnya, lu tgk diri lu,gua tgk diri gua, kita sama-sama belajar menjadikan esok lebih educated dari harinie. gua mintak maap klau gua asyik kritik dan kritik sahaja. mcm gua ckp td, cakap depan orang pandang-pandang, ckp kt internet sukati sndr la..menulis blog nie seperti mengingatkan pada diri sendir je bg gua. xde kaitan dengan lembu dikandang.

lembu ku dari paris | this is not a cow, this is a pet

ini cerita baru, cerita yang buat gua semakin gumbira seakan dunia ini ana yang punya. berdepan dengan budaya biasa, jiwamuda gua sentiasa mahu yang rebel! sentiasa mahukan pembaharuan. pembaharuan yg lebih bertamadun, bukan mengata si polan itu ini utk membesarkan periuk nasi. cumanya, gua ingin memeriahkan suasana. meletakkan sesuatu idea gila sebagai cara memaksa gua bekerja lebih ganas. signboard ini akan dipacak di KL|MB tidak lama lagi. begitulah utk signboard-signboard seterusnya. mungkin ini kick start utk gua lebih membakar orangmuda diluar utk memeriahkan industri ini.

salah satu segmen objektif concept farming gua adalah menjadi pelopor ternakan hobi di kampung gua. mengimbau kembali zaman aristokrat barat selepas zaman hitam ketamadunan mereka. mengajar manusia menghargai setiap inci ciptaan Allah di dunia. THIS IS NOT A COW, THIS IS A PET adalah tagline concept farming KL|MB. walaupun gua bukan yg pertama, tapi gua cuba menjadi yg terbaik utk kita semua. dengan modal yang sedikit ada, gua mengatur dengan teliti demi mendapatkan kepuasan yg dicari. tersilap pengiraan, boleh abis projek gua. boleh terduduk atas palang kandang kira lembu betina.

 gua tgh pikir tentang keunikan tempat ini utk ditatang setiap hari.

masa gua kat paris, gua mmg nak ranch house mcm orang kampung kt sana. turun flight, gua usha ladang anggur dan satu kawasan lapang yang hijau. nmpk segerombolan haiwan berlari-lari mcm main bola.  gua mula jatuh hati dan gua mula mencari. memang jodoh dan impian gua semakin terang tp belum nyata, bila main lembu nie, paris kekal di sini. kerana smua perkara dari paris atau perancis sangat mengiurkan gua sebagai seorang lelaki sejati. begitu artifak-artifak purba mereka yang cukup memuaskan nafsu gua dalam mencari ilmu.

target 2014 adalah mengerock&rollkan festival MAHA. menberi suntikan dan persepsi baru kpd dunia ternakan ruminan. kita perlu kehadapan, bukan terlalu pantas mengaut keuntungan. biar perlahan tapi ia kekal sepajang zaman. bagaimana? terus menjadi pembaca jiwa gua di sini dan teruskan mendapat pahala dengan mendoakan kebaikan dan jalan yg mudah utk kita bersama. sekian..

Wednesday, December 12, 2012

lembu-lembuan, melayu-layuan

harinie gua share sedikit pengalaman menjadi penternak lembu. ini sebagai iktibar dan pengajaran dan sempadan utk kita semua. mungkin orang melihat semuanya manis dah seakan mudah,namun hakikatnya untuk mengecapi sesuatu perkara itu memerlukan ketabahan dan semangat juang yg tinggi. kita mencari rejeki dan ia milik Allah yg Esa, bukan milik sapa-sapa.

situasi tipikal orangmuda vs anaksultan di felda.

nie perkara biasa jika di mana-mana felda, yang tua tidak pernah memberi ruang kpd yg muda dan yg muda tidak pernah memcari peluang dari yg tua. pengalaman gua kerana sekangkang tanah rezab sehingga bergaduh selepas solat jumaat di dalam masjid amat memalukan dan hina. rentetan peristiwa ini, gua sudah tidak pernah mahu memberi hormat kpd mereka yg tidak pernah tahu menghormati org lain. hal tanah milik si polan adalah perkara normal dan ia sudah kuno di felda. berapa banyak anak-anak sultan di sana. sementara tanah berhutan banak, takde siapa pun yg mengaku itu ini, bila dah terang dan nyata, dtg mengaku itu tanah hak dia. mungkin ada batu nisan nama dia kt situ, mungkin gua je tak perasan masa melakukan kerja pembersihan. sampai bertempik dalam masjid, sampai menyerang dengan kata-kata kesat walau dahi dah bebirat line hitam. dah beberapa tapak kandang gua terpaksa berpindah randah. dari paya ke paya,sampai gua terpaksa meletakkan kandang di kawasan banjir untuk sementara. hasad dengki melayu memang lebih zalim dari yahudi di palestin. tidak bisa melihat anakbangsanya sendiri maju. mungkin kasar tp ini kenyataannya. tp, syukur alhamdulillah, kerana peristiwa-peristiwa ini, tuhan murahkan rejeki gua, dapat tapak kekal dengan berganda luas. syukur dan pulih semangat. namun, walau terceruk dipinggir hutan, perkara yg sama kekal. gua lupa gua hidup dalam masyarakat melayu. hutan belantara dah terang, kandang dah naik, lembu dah bahagia dengan habitat mewah, ada lagi anak sultan datang. dengan lebih elegan mengakui ia punya geran tanah milik sultan. pak imam pernah pesan, klau terlalu bnyk mengalah sehingga membawa padah, itu dayus namanya. utk tapak KL|MB ini, gua berani mati utk melawan tanpa mengira status gua anak felda lu anak raja. langkah mayat gua dulu, ludah muka gua dulu kalau nak mengaku tanah nie tanah bapak lu! gua bukan dapat dengan goyang kaki, gua tau hal birokrasi, gua bukan budak kampung tak masuk universiti. elegan tak elegan nak main lawyer plak anak sultan nie. gua tarak hal sebab berani kerana kebenaran itu satu tuntutan.

dengan tekanan dari golongan anak-anak sultan nie, ada lagi tekanan dari luar kerana hakikat satu negara nie melayu rupanya. penipuan dalam berurusan itu bukan perkara aneh bagi melayu. melobi dengan nama tuhan, cakap sepatah kalimah 10 patah. tapi tetap makan duit haram mencari rejeki dengan menganiaya orang. gua mengaku, gua mmg kena tipu masa permulaan. lebih teruk melibatkan kos yang tinggi sehingga gua terpaksa hold projek utk beberapa bulan. menggadai lembu-lembu sedia ada untuk terus melangkah. perit tapi ini adalah benar. di selancar, kedai kopi punya cerita macam-macam, gua digelar tauke kaya namun hakikatnya, gua terpaksa memerah otak, utk mencari modal pusingan. di tipu orang melayu sendiri ditipu dengan kalimah suci lagi. apa nak jadi dengan kita pun gua tak tau. harap kalian berhati-hati kerana melayu tidak pernah mengenang budi.

ada lagi perkara perit yang terjadi, kawan sendiri plak sempat buang taik kt kandang gua. elok selepas stabil dengan emosi dan kerugian sebelumnya, datang lagi ujian semasa. hmmm..duit itu umpama racun, kerana duit abis semua.

bila dah lalui semua ini, dan bermacam-macam pengalaman sebelumnya, dari kekejaman metropolitan kotaraya, sehingga kedengkian masyarakat pedalaman, gua set diri gua, gua main lembu untuk kepuasan dan mencari rejeki menyara mak gua. gua bukan heran ttg kapitalis dan gua bukan heran ttg ringgit kasorga. yang gua inikan adalah kebahagian menghabiskan sisa-sisa kehidupan.

utk orangmuda yg nak mula, jangan terlalu berharap dan bergantung dengan orang lain, mula sket-sket. takde duit, jgn bela banyak, cari sepasang dua pun dah cukup. jangan tergesa-gesa dan jangan mudah perkara dengan pak haji atau sesiapa sahaja. kita berurusan lembu ini majoritinya melayu, bila melayu mereka dah tak pikir anak bangsa, diaorg pikir nak kaya cepat je. tp smpi skrg orang melayu yg mcmnie xpernah kaya tapi makin layu.

gua tak la bagus sangat nak mengata, sekadar berkongsi sedikit pengalaman yg mungkin tipikal dengan kalian semua utk kita sama-sama menjadi lebih dewasa. kepada semua penternak, jangan pikir kandang sendiri sahaja, jalinkan ikatan ukuwah utk kita sama-sama berjaya. hidup bukan utk menjadi kaya, hidup bermakna bila kita berjaya. terimakasih atas sokongan semua. terimakasih!

HITAM ITU KEUNGGULAN ..

sudah sedia logo sarikat KL|MB..
maka bermulalah operasi farm baru gua secara pelan-pelan kayuh.
sedang rancak meneruskan perbincangan untuk memiliki angus kerana dalam hati ada keinginan untuk menjamin kualiti dalam penternakan. pelan-pelan, pasti ada penambahan atau penukaran signboard jika diperlukan..yg pasti misi dan visi kekal memastikan KL|MB bukan sekadar kandang lembu semata, ia adalah satu jenama untuk terus memupuk minat orangmuda bersama-sama mencuburi sektor ini..orangmuda, JOM! main lembu..

Tuesday, December 11, 2012

MK vs MB

story menarik seperti yang diimpikan. masa mula-mula gua start main lembu, gua pernah ckp dgn budak-budak gua, "satu hari nanti aku nak adik mat kedah dtg lepak kandang aku"..smua org ketawa, smua org bilang gua gila.

mungkin ini adalah takdir dan sedikit balasan keringat gua, sekarang smuanya jadi kenyataan. skrg hari-hari dia lepak kandang gua. sama-sama kongsi itu ini. otai dtg gua tunduk sket la. tapi apa yg menarik ialah pertembungan dua generasi yang membuatkan masa kami bersama tidak pernah cukup.

siapa mat kedah?
beliau otai seantero malaya, sebut selancar, smua org yg berkaitan lembu kenal nama dia, oleh kerana keuzuran kesihatan, adik beliau telah mengambil alih pengurusan lembu-lembuan mereka yg paling banyak rekod pemilikan personal di dalam felda. semua orang kenal siapa mat kedah dan semua lembunya ada tanda MK. kerana beliau otai.

bg gua, bila otai2 datang jumpa kita, itu kick start yg best. bukan mahu didewa-dewakan tapi ia sebagai self motivate persendirian. tambah-tambah mmg itu satu impian. sejak Pakcik ( adik MK ) lepak kat KLMB, gua dapat bnyk idea-idea baru yang diperolehi dari pertembungan perbincangan kami. setiap orang pasti ada kelebihan dan kekurangan. yang penting saling bantu-membantu dan hormat-menghormati.

pakcik sangat suka melihat lembu-lembuan gua yg jinak dan ramah dgn tetamu. lembu-lembuan beliau liar dan sukar untuk dibelai. gua bukan otai, tapi share je sedikit sebanyak amali gua dgn dia sebab otai dah tanya. syukur alhamdulillah, semua lancar walau ada sedikit-sebanyak dugaan mendatang.

satu perkara yg gua benar-benar belajar, main lembu jangan cepat melatah. jangan buruk sangka jangan hina-menghina. etika sebagai seorang penternak bukan mudah, ia sebagai peringkat pertama mendidik kita tentang tanggungjawab sebagai ketua. sedangkan rasul kita bermula sebagai pengembala, maka pasti hikmah kerjaan itu besar rahmatnya buat manusia..

Wednesday, December 5, 2012

kandang goyang

nie benda banyak gua tgk setakat nie. kandang punya besi konkrit, lembu tarak. bila tanya kenapa lembu tarak, " saya xde modal nak beli lembu"

bukan gua nak kutuk ke apa, tapi nie benda utama yang penternakmuda kena amik perhatian. ikut tertib dalam proses perancangan. kita main lembu, bukan pertandingan kandang tercantik!

tak perlu kandang besi berkonkrit belaka untuk bermula atau selama-lamanya. kita guna ikut keperluan kita. orangmuda kena kreatif, jangan main ikut je atau nak benda yang bermegah-megah. kita maklum tentang kos yang tinggi atau modal untuk membeli lembu. walaupun luorg banyak harta kaya raya lebih dari harta ahmad albab, jangan buat kesilapan mcmnie. kita main lembu, lebih banyakkan penggunaan sumber modal yang ada untuk membeli lembu. bergadai barang kemas pun takpe sebab lembu nie investment yang kekal selamanya. hari nie ada 10 ekor, tahun depan dah seterusnya akan menjadi kuasa dua.

tak perlu membazir duit membina kandang yang tak goyang. nak nampak smart tapi kepala semak pastu. kandang cukup apa yang kita perlu. kalau modal ala kadar, beli lembu, ikat tali tambat je kat belakang rumah. hari-hari alih tempat meragut. cukup la.. kalau mula dengan banyak, pkai je batang pokok akasia buat tiang dan palang kandang. janji lembu terkawal dan memudahkan kerja.

cincai kira kalau kandang besi konkrit tolak tanah kasi rata abis dalam 30-40k ringgit malaysia, kalau kita beli lembu dah boleh dapat baka elok dalam 15-20 ekor..kandang besi lama2 karat gak, lantai simen kena taik pastu menggerutu gak, lembu, lama-lama makin banyak. bukan tak boleh tapi pandai mengatur langkah untuk kita berjaya, kalau dah nampak hasil, then barulah nak buat kandang ikut suka kita..nak buat ada aircond pun xde hal sebab kita tahu kita boleh ke depan.

jujur gua cakap kenapa gua tulis bendalah nie, sebab orang datang komplen kandang gua itu ini, xpatut buat mcmtu mcmnie..kena pakai besi kena pakai skru. so, gua nak share dgn luorg, nanti dtg KLMB jgn komplen mcm2, lebih baik bertanya dan berkongsi ilmu mana tau boleh tambah apa yang kurang..kandang gua kayu second je, luorg sepak pun goyang..


Friday, November 30, 2012

lembu dan talinya..

gua bertenggek dipalang kandang sambil berhujan menikmati rahmat tuhan. dalam lebat itu gua terpandang tali yang gua gantung di salah satu palang. gua mula tertarik dan jatuh cinta terhadapnya. tak kenal maka tak cinta, kita gua baru sedar sebenarnya yg cantik itu ada di depan mata. bagaimana selama ini gua tidak pernah sedar akan nilai seni yang ada.

gua terfikir keunikannya, maka gua mula ghairah untuk mendalami segala jenis kesenian ikatannya. sangat menarik bukan. tali yang selama ini dipandang enteng, sekadar digunakan jika perlu, walhal ia penuh dengan teknik yang menarik dalam sulamannya.

setakat kajian gua, elemen yg digunakan sangat natural. sulaman dan teknik lilitannya sangat praktikal dengan sifat lembu itu sendiri. hmm..tak mustahil suatu hari nanti, bila semua perternak mengimpikan kandang yang moden ( konon ), pasti tali ini akan menjadi sebahagian aksesori hiasan dalaman rumah kita selain ia tergantung dipalang kandang kayu seperti kandang gua yang sekangkang kera ini. jiwa gua memang nalurinya seni, fikiran gua antara halusinasi dan imaginasi dan otak gua sentiasa mahukan memori-memori silam diulang tayang. gua mahukan kehidupan tenang jauh dari ketamadunan yang tidak balance..

jika suatu hari anda ke KLMB, jangan lupa membawa pulang tandahati, cukup sekadar seutas tali, jadikan ia sebagai memori. ia adalah khazanah seni untuk generasi mendatang.

mengikut kira-kira modal pusingan yang ada, insyaAllah mulai tahun hadapan anda boleh melawat jika ada kesempatan. semoga ia memberi ilham kpd anda untuk sama-sama kita bermain lembu dan tenang sebagai khalifah alam..sekian.

Tuesday, November 27, 2012

penternak, pendaging, pembeli dan ...(bab harga)

dalam minggu nie bnyk benda best, benda yang sangat mendidik minda. dengan kesibukan menjual lembu, melayan kerenah anak-anak lembu baru, melayan cuaca sayu-sayu dan menghadiri MAHA yang gempak giler tu!

beberapa harinie bnyk kenalan baru dalam industri glamour nie..semua penternak berkongsi idea,pandangan sampai cakap telepon pun berjam-jam. sms tak putus-putus tanya itu ini, best..ilmu untuk berkongsi. dalam bnyk perkara sebegini ada beberapa frasa idea yg boleh dikongsikan..utk kali nie kita berkongsi tentang harga.

BAB HARGA

bab ini adalah bab kritikal di antara empat penjuru yang berkaitan industri glamour ini..penternak,pendaging,pembeli dan ...

penternak   : orang (bukan lembu) yang menternak lembu
pendaging  : orang (bukan penternak lembu) yang menjual daging
pembeli      : orang (bukan tahu sangat pasal lembu) yang paling penting utk mengekalkan keglamouran industri
....              : mungkin orang atau mungkin lembu

harga adalah perkara utama melibatkan empat golongan di atas. penternak dengan masalah harga untuk membeli bekalan lembunya, pendaging dengan masalah nak 'match' kan harga beli lembu dgn jualan karkasnya, pembeli dengan masalah persepsi mereka dan ...lagi banyak masalahnya.

ok, time gua jual lembu gua berdepan dengan semua golongan ini dan gua jumpa satu solusi mudah untuk memudahkan urusan jual beli dan memastikan konsep menang-menang itu ada..

episod dengan penternak | watak sekadar hiasan untuk pendidikan

penternak : tuan, saya nak beli lembu, berapa harga sekor?
gua : tuan nak bela ke nak jual?
penternak : saya nak start bela. nak tambah2 lembu yang ada.
gua : oo..tuan nak lembu mcmana?
penternak : nak cari yg bagus, nak buat baka TAPI HARGA BIARLAH KENA
gua : saya ada beberapa jenis, yang solid ada tp HARGA PUN SOLID, yang biasa pun ada. 
penternak : kalau 20 ekor yg solid berapa?
gua : tuan budget berapa?
penternak : 20ribu...
gua : tak dapat tuan, maaflah,kita sama-sama cari makan,harga mcmtu tak logik. anak pun sekarang belum cukup setahun pun dah cecah seribu.
penternak : kata sama-sama nak TOLONG kawan..takkan tak boleh..
gua : macamnie la tuan, tuan ada berapa ekor lembu kat kandang sekarang?
penternak : dalam 30 ekor mcmtu la..
gua : ok la, saya jual 20 ekor kt tuan dgn harga 20ribu,tuan jual kat saya 30 ekor tu dgn 30ribu..tuan beli lembu saya seribu sekor, saya beli semua lembu tuan seribu sekor..deal?
penternak : tak boleh la mcmtu..
gua : nape, kata TOLONG-MENOLONG
penternak : tak boleh cari makan mcmnie..

# dari cerita rekaan ini, gua perasan satu perkara, tawar-menawar mmg perkara wajar tetapi harga yg ditawarkan tu bias semata. gua jenis senang kira, kalau lu rasa harga yg lu mintak tu,harga yg lu boleh tolak lembu lu, menang-menang, lu beli lembu gua dgn harga tu, gua beli lembu lu dgn harga mcmtu gak. kalau lu tak sanggup,maksudnya, harga yang lu mintak tu adalah bersifat penting diri. kita sama-sama sayang lembu, ini bukan tentang mahal murah ini tentang integriti industri!

episod dengan pendaging | sekadar rekaan

pendaging : nie berapa kira lump sum?
gua : pukul rata la pakcik, rm35k..
pendaging : mahal tu..timbang kilo boleh
gua : saya tak jual timbang kilo sebab saya bukan fidlot.
pendaging : apa bezanya?
gua : saya main lepas ragut, takde target berat harian..lembu saya bukan saya pam utk duit, lembu saya nie saya pelihara tiba time nak jual,saya jual. fidlot boleh la timbangkilo, diaorg dah ada target sehari naik berapa kilo, pam kasi gemuk kasi berat. saya belum ada hati nak buat mcmtu.
pendaging : sama je..
gua : ok la kalau pakcik pikir mcmtu tp mintak maafla saya tak boleh timbang kilo..
pendaging : aku tgk lembu ko nie average pun tak boleh cari makan..
gua : setiap orang berbeza pandangan. kalau pakcik tak boleh buat jangan beli. buat apa kita buat benda yang kita rugi.
pendaging : karkas pun kecik je nie..
gua : pakcik, bila saya mula menternak, saya pegang dua perkara:
1) lembu bukan business tapi investment paling best
2) lembu takkan merugikan tuan sebab benda ada ruh nie malaikat jaga..melainkan kita bukan tuan dia.
pendaging : ok la, aku balik pikir dulu.nanti apa-apa aku call balik.

# rekaan cerita ini mengambarkan bagaimana konflik tentang harga yang dihadapi oleh penternak dan pendaging. solusinya ialah penternak perlu tahu lembu yang dijual utk apa dan siapa. adakah utk daging atau dijadikan ternakan. pendaging pula perlu tahu apa yang dicari, mungkin ingin mencuba nasib kot-kot dapat makan lebih,itu terpulang kepada diri masing-masing,yang penting saling menghormati dan kekalkan keglamouran industri ini. sebab tu gua lebih selesa jika para pembeli memberitahu mereka siapa dan tujuan membeli. memudahkan segala perkara dan tidak membuang masa dan kredit telipon smua..

episod dengan pembeli | sengaja direka-reka (harap bukan dosa)

pembeli : saya nak beli lembu untuk kenduri anak saya minggu depan
gua : boleh pakcik, berapa ekor?
pembeli : sekor cukup lah.kenduri kecik-kecik
gua : pakcik pilihlah nak yang mana?
pembeli : bapak nie berapa?
gua : bapak nie kalau kenduri kecik-kecik terlebih nanti.
pembeli : aku nak bapak nie
gua : 4ribu je la..pakcik pun nak buat kenduri.orang kampung jugak..
pembeli : pakcik bajet dalam seribu setengah je..tak dapat ke?
gua : bajet pakcik dah betul dah tu utk kenduri kecik-kecik. saya bagi yg tu.boleh? cukup la makan satu kampung. pakcik pun ngam bajet.
pembeli : kecik la, bapak nie baru banyak daging.
gua : pakcik tambah bajet, saya bagi bapak nie.
pembeli : hmmm..MAHAL

# cerita ini pasti ada sambungan episod pembeli bersama rakan-rakan kedai kopi. konflik begini biasa atau gua je yg hadapi. tapi xpe, gua share jugak mana tau luorg pun sama nanti. pembeli mmg bnyk kerenah tambah-tambah pakcik-pakcik yang menggunakan status mereka sebagai peratus diskaun. kita tak boleh salahkan mereka kerana pembeli sentiasa betul walau apa sekalipun. untuk mengelakkan konflik atau episod bersambung, kita sentiasa alert dengan harga dan rekod kenduri-kenduri tempatan. jika time perayaan, kita kena alert dan ambilkira rekod-rekod harga jualan raya-raya sebelumnya. kita tak perlu meraih begitu banyak keuntungan atau kita tak perlu bergaduh pasal lembu. kekal dengan dasar menang-menang, kita tolak ansur dan sentiasa membantu pembeli memahami apa yang mereka perlu. biasalah, bab kenduri semua mau egois..semua mahu cerita kedai kopi dan sebagainya. so, para penternak perlu akur dan bijak menangani. 
INDUSTRI GLAMOUR, GOSSIP TU MACAM NASI.

episod dengan ... | watak tak kira siapa
 (sms)
... :  salam, saya nak beli lembu
kita yg jual lembu mesti happy dgn sms rawak mcmnie..
gua : nak berapa ekor
.... : 10 ekor jantan betina campur
gua : ada nak buat apa?
... : belajar bela lembu
gua : nak jaras ke 
... : tak kisah la mana-mana
ayat mcmnie, kita yg jual mesti suka punya
gua : saya ada jaras, saya ada yg dah besar. u nak mana, saya xblh pilih sbb nanti bias
... : jaras berapa?
gua : dalam 13-15k boleh adjust la
... : besar punya
gua : 15-25k
... : permit n lori mcmana
gua : kalau betul nak beli, benda-benda nie boleh setle. kalau u xde lori, saya usahakan tp kos sama-sama la
... : saya dok jauh nie
gua : jauh bukan masalah selagi ada jalan
... : saya nak 3 ekor je
gua : tak bebaloi dengan lori nanti. tapi kalau u nak, bajet xckup, i got package. u just beli 3 dulu, i put in my cattle bajet hotel, nanti ada bajet topup la cukupkan satu lori. sementara tu, i jagakan lembu u. the deal is u pay deposit utk 3 ekor nie..nanti byr full bila lori sampai.
... : berapa lama boleh tlg jaga
gua : penginapan sebulan free, tp kalau lama lagi kena bayar sket la, makan minum lembu, saya ada kos pekerja. lembu u saya xlepas, saya bg makan dalam hotel dia je..tp kalau u cancel, deposit burn la. saya cakap awal2 sebab taknak gaduh2. kita sama2 cari makan,harap faham la..saya dah berusaha utk membantu smua customer saya. kalau ikutkan, nak amik tanggungjwb tlg jaga tu bukan semua sanggup. saya faham sbb mula-mula dulu saya pun ada masalah mcm u. kalau boleh saya xnak u rasa n nak galakkan lebih ramai mula menternak lembu. biar darahmuda ni sama2 nanti berjaya
.. : kalau saya beli sket2 harga mcmana?
gua : kita 1st time business sama, saya jenis senang, percaya je..kalau u xjujur, next maybe sukar utk budibicara..berapa u target nak beli n berapa lama masa u nak guna hotel
... : saya nak beli 20 ekor tp masa maybe 3 bulan kot beli sket-sket..
gua : no prob..kita terus kira harga 20 ekor, masa 3 bulan..after dateline..contract terminate..
... : terimakasih..
terus dia call

# dari dialog rekaan ini, sebenarnya harga bukan masalah utk golongan ... nie selagi ia wajar kepada mereka. cuma, sebagai penggalak industri, kita penternak sediaada kena menangani konflik-konflik kecil utk memudahkan golong ... nie. jangan terlalu berkira sangat untung rugi. kita dalam industri glamour nie kena built relationship, baru lebih glamour dan terus glamour. tp, ingat..PENTERNAK SEDIA ADA BUKAN SEKADAR PENTERNAK MALAH SEBAGAI PENGGALAK KEPADA MASYARAKAT. jangan pikir bukan-bukan, market kekal ada, rejeki kerja tuhan. jangan kita terlalu kapitalis dan penting diri..


kesimpulannya, harga sebenarnya adalah masalah kecil sahaja, faktor yang memungkinkan ia menjadi besar adalah diri kita sendiri. jika kita pentingkan diri, harga mungkin dijadikan topik. jika kita busuk hati, harga adalah racun yg kita guna. jika kita benar-benar ikhlas dan tahu kehendak semua , kekalkan dasar menang-menang dan isu harga kita cerita hujung sekali. kita main lembu, lembu tu ada ruh, duit tu kertas je..uruskan benda ruh dulu..kertas tu last punya cerita..

okey..gua bukan menghina atau mengata, gua sekadar berkongsi falsafah..ingat kita dalam dunia glamour nie, kena jaga banyak benda. jom main lembu!

Monday, November 26, 2012

MAHA | wtf!

MAHA..
buat pertama kali gua melangkah ke bidang ruminan, MAHA adalah pentas yang diidamkan
MAHA..
kali pertama gua sampai, gua rindu suasana bazaar ramadhan
MAHA..
gua tengok kiri kanan, hmm..pesta orang kerajaan lepak buang masa dalam punch card
MAHA..
lembu-lembu semua satu tuan
MAHA..
semua peniaga mengambil kesempatan sehingga memalukan kualiti dan keesotikan citarasa makan tradisi tempatan
MAHA..
konsep takde, soul out terus, yang lebihnya gua tgk event syok sendiri
MAHA..
jelas itulah kualiti projek juta-juta malaysia
MAHA..
gua tunggu apa kata mediamassa..
MAHA..
wtf!
MAHA..
gua rasa industri kita takkan ke mana
MAHA..
gua harap next, orang muda ubah suasana
MAHA AGUNG ALLAH, MUDAHKAN SEGALA URUSAN KAMI SEKALIAN PENGEMBALA DAN PETANI DI SINI..

Wednesday, November 21, 2012

Sayangi KK, lembu esotik milik kita

Gua memerhati, meneliti cerita dan bicara orangtua ttg KK, lembu esotik kita. Ia bukan rahsia tapi kita yang tidak pernah nak perasan keunikannya. Bila gua mula rasa ia unik maka KK bukan lagi lembu kenduri kawin semata. Ia boleh dikelaskan bersama wagyu yg aneh dari seni budaya jepun. Paling penting, kita ubah perspektif kita ttg bigger is better kerana saiz bukan nilai esotiknya. Kita orang kecil, maka gunakan sifat kecil itu sebagai satu keunggulan alami kita. Nanti jika ada modal utk penghasilan daging beku sendiri, pasti gua usahakan utk meletakkan KK seesotik wagyu dimata dunia. Sekarang buat dulu apa yg ada, gua bukan dpt modal mcm NFC, gua bukan kaya.
MASALAH UTAMA GUA SEKARANG BUKAN WANG TAPI TAPAK KANDANG YANG TAK RATA. Kalau diberi pilihan wang atau bekho, gua pilih bekho utk tolak bagi rata. Ada wang pun xguna sekarang kalau tapak kandang masih mcm sekarang..

AMARAN : jangan terlalu agungkan benda luar sehingga harta sendiri tergadai. Sayangi lembu KK milik kita.

Sunday, November 18, 2012

Kandang oh kandang, lembu oh lembu

Mat Jenin mati bukan kerana dia berangan-angan, dia mati kerana tuhan lebih sayangkan dia lebih dari kita semua.

Tapi mengapa semua bilang sebaliknya. Mengapa sejarah itu penting? Penjajah sedar kita ini hebat2 orangnya. Oleh itu, direka cereka penglipur lara tanpa tarikh dan monumen bukti ia benar. Bagi gua Mat Jenin adalah ikon businessman melayu generasi pertama. Dia melihat peluang tetapi kita melihat dia seperti tiada guna untuk tamadun mendatang.

Bila gua relax2 tengok lembu dari atas palang kandang, gua teringat mat jenin. Gua lihat seluas alam betapa rejeki tuhan bertebaran untuk dikerjakan. Sedih bila gua terkenangkan mat jenin. Jika dia panjang umur. Pasti dia orang yg gua cari utk meneliti mindanya.

Begitu juga tentang ternakan gaya sekarang. Biar kita jadi Mat Jenin. Kita tengok peluang dalam ruang yang tersedia. Tak mati pun kalau bukan ajal kita. Masalah modal, itu bukan yang utama. Kalau kita nak, pelan-pelan kayuh jadi kita letak sepenuh usaha. Mat Jenin dulu pun tak kaya. Kalau dia kaya kenapa dia amik upah petik kelapa. Dia kental sanggup lakukan kerja yang dikerjakan oleh beruk dalam sejarah kita. Modal adalah wang. Wang itu kertas sahaja. Sebenarnya, modal kita bukan sekadar wang. Modal kita melibatkan pelbagai perkara termasuklah kandang dan sebagainya. Wang dan wang. Itu pikiran orang kaya yang malas berusaha. Taknak berpeluh. Rejeki bukan dari peluh rahmat dia tak berapa sempurna. Modal kita sebenarnya adalah imaginasi dan usaha kita. Wang kertas itu hanya untuk beli lembu kerana ia mengubah wang yang susut nilai kepada produk pelaburan bermasa depan. Kandang kita takde kayu belah pakai kayu pokok biasa. Kalau dah nak sangat berjaya, silap2..buluh pun bisa saja. Makanan lembu kalau takde budget dedak, ringan sikit tulang kutip pelepah sawit, potong rumput, kutip sisa sayur pasar. Itu cukup untuk lembu kenyang. Apa lg yang dipeningkan tentang wang!

Thursday, November 15, 2012

pembaikusahawan | gua bukan menegakkan orangmuda dan membongkokkan orangtua

gua ada sembang-sembang tepi kandang dengan beberapa penternak, bukan mengumpat tapi hanya kalangan kami yang memahami isi hati kami. mereka yang lain tetap tipikal walaupun mereka malu mengakuinya.

masalah berbangkit dan terus diungkit para penternak adalah bantuan dari pihak berwajib terutamanya bank yg dipertanggungjawabkan. jika gua ditanya satu soalan dan soalan ini acapkali diutarakan oleh otai-otai dan pegawai-pegawai jika kami berbincang. gua bukan sapa-sapa tapi sekurang-kurangnya, gua mampu menjadi falsafah penternak generasi muda.tidak banyak tapi sedikit ruang terbuka untuk mereka mendengar dan sedar apa anakmuda seperti kita rasa. terkilan, sedih, putus harapan dan tekanan. mereka sering menyalahkan anak muda dan sering soalan itu bagi mereka pisau yang tepat menikam perasaan gua. gua bukan jenis angkat bendera putih pastu biar orang lain kaler jadi merah yang gagah atau biru yang bersatupadu. gua akan angkat bendera hitam sebab gua tau hitam itu keunggulan. BAGAIMANA KITA NAK GALAKKAN ANAKMUDA MENCUBURI BIDANG INI, KALAU ADAPUN, SEMUA HANGAT-HANGAT TAIK AYAM, SEMUA TAU NAK SENANG!

gua tetap tenang walaupun terasa hati kerana gua salah seorang anak muda. jawapan gua untuk amarah mereka mudah sahaja. anakmuda/ kami bukan tidak minat, bukan tau nak senang je, bukan hangat-hangat najis binatang atau apa sahaja tohmahan umum. mungkin segelintir itu ada dan selebihnya masih sembunyi-sembunyi berusaha. kami bukan malu untuk keluar tapi buat apa untuk kami keluar sehingga hubungan kita tercalar. kami memang ingin keluar tapi enviroment akan menekan kami untuk sembunyi semula. contoh terang dan nyata, bila kami mulakan sesuatu projek, bila mahu ke depan, kami ingin bantuan untuk pembaikusahawan, apa kami dapat. jika kita main lembu, dapat bantuan dalam ringgit malaysia CUMA 100,000.00. bila kami cakap tak cukup, mereka cakap kami tamak tak reti bersyukur. tak cukup kuat dengan kata-kata, mereka masuk warta perdana bilang semua anakmuda melayu memang tak guna. datang melawat kandang kami, mulalah komplen itu ini, tau pulak suruh keluar modal untuk itu ini. kalau kita main lembu, angka sebegini tak boleh buat apa-apa. nak menjadi penternak tradisional pun tak bisa, inikan pula dengan angka ini mendesak kami agar menjadi moden. gua bukan nak tegakkan orangmuda dan membongkokkan orangtua. gua cuma mahu ruang untuk kami bersama-sama oranglama. sekaranglah masanya, tengah oranglama ada. bila dah tinggal nama, tak guna walau nama melakar sejarah dan teladan untuk bangsa. sampai mana nama itu bisa mengubah ekonomi bangsa.

R-U-A-N-G : ruang..eja satu-satu..abjad ada lima tapi sukar untuk dapatkan. gua sering menasihati para penternak yang bertemu gua. walaupun gua tidak bisa mendidik dan berkongsi terma-terma sains, skil-skil aneh penternakkan dan rahsia-rahsia penternakkan, namun gua akan menasihati mereka. lihat lembu di dalam pasung. jinak mereka dengan kita bisa berubah kerana mereka tahu tiada ruang lagi untuk mereka jika kekal jinak di sana. begitulah situasi kita, tak perlu terlalu jinak dengan mereka jika kita sedar ruang itu memang tiada dan sukar untuk kita. bebaskan diri. mereka tidak mampu memasung kita dengan pasung berteknologi kerana duit mereka dihabiskan melobi kroni-kroni. projek mega mereka itu karutan semata. tidak ada kebaikan untuk umum cuma baik untuk keluarga mereka. tak perlu kita membersihkan mereka. masa ini adalah masa untuk kita memanipulasi enviromen kita. adaptasi harus betul. jangan gopoh jangan melatah terus. ada cara kena gaya. mikail itu sentiasa bersama kita lagi-lagi jika jibril kenal kita ini jujur amanah ikhlas orangnya.
B-A-G-A-I-M-A-N-A : bagaimana?
mudah sahaja. dunia ini umpama sekitar kandang lembu. enviromen kita ini kandangnya dan manusia ini adalah lembunya. lihat lembu-lembu di sana. dilepaskan makan dan gemuk-gemuk belaka. begitulah masyarakat kita. dikatakan bebas merdeka hanya untuk makan sehingga kenyang. kemudian ditarik hidung. bagi mereka dunia mereka sudah cukup dan ikut sahaja jika ditarik hidung. janji makan kenyang sekali sekala dapat imbuhan garam. kita jangan jadi seperti mereka. kita sedar ada pelbagai keindahan alam, luar sedikit dari kandang. jangan takut meneroka. sampai bila nak set minda ada hantu dalam gelap sedangkan ia gelap kerana kita sendiri tidak nyalakan cahaya. kita makan apa yang diberi. kita amik garam jika memang itu ruji. tapi tak salah kita meneroka, keluar kepala dari celah kayu dikandang. mata kita melihat seluas-luas alam tanpa ada bayang baris kayu yang melintang. kalau kita dah nampak di situ ada kebaikan. marilah kita redah untuk raikan. lembu pun kalau lepas kepala dah tak kisah badan luka-luka bero. takkan kita tak berani. tengok lembu-lembu nie, kalau sekor keluar, kepala dia buat tak tau punya sebab dia kekal gemok kenyang makan kat sana. lainlah kalau dia dah tak cukup makan untuk bermegah-megah dengan rakan-rakan sekandangan.

Tuesday, November 13, 2012

Main lembu ( lembu sangat erotik buat gua)

Hari agak untung kerana seharian di kandang rompin. Agak best buat pertama kali discovery gua sangkut dlm lopak. Memang blm masa gua nak masuk hutan dgn geng2 4x4..xboleh..

Gua letih giler tapi sbb benda bagus utk kongsi so, ilmu jgn simpan lama2..basi nanti!

Sebelum sampai rumah, gua lepak mkn mlm dgn seorang penternak yg sering disebut2 oleh vaterinar utk gua amik jadi sifu. Gua segan dgn otai, gua just tanya apa yg patut. Sambil mkn sambil belajar adalah pepatah baru kerana kalau menyelam minum air itu lebih kpd mengambil kesempatan tertentu.

Dari bab lembu sampai taik lembu sampai sistem kandang dan sampai satu soalan ini:

Sifu: ko bela lembu nie utk apa? Mcmana ko nk survive dgn lembu nie. Pegawai tu dok sebut nama ko, kami ketawa pun ada bila dia ckp ko dtg nk mntk ajar bela lembu. Xpernah orang muda mcm ko dtg mntk jd cikgu, dtg mntk lembu bnyk la..
Gua: bero( mula2 je abg2, pastu mak kepala trs) aku bkn nk trading, bukan broker, bukan pusher..aku nak main lembu. Maksud aku, aku ada cara aku dan objektif kita tetap sama end up menjual lembu. Nak survive, jgn ikut arus, kita lawan arus.
Sifu: hmm..cuba ko citer plan ko?
Gua: business intelligent mana blh citer bero, rahsia kerajaan..hahaha..nanti la aku citer. Nanti ko ckp aku gila plak..hee
Sifu: pegawai tu dok asyik sebut nama ko padahal berapa ramai bdk yg dt jmpa dia tp dia xsebut pun nama org lain. Apa benda yg ko ckp kt dia smpi dia sungguh2 nk ko buat.
Gua: dah tu, dia tanya aku nak mntk apa. Aku ckp la aku nak mntk dia ajar aku. Aku bkn mntk duit ke lembu ke . Aku ckp terus terang kt dia..aku mmg serius nk main lembu. Awal thn aku jmpa dia, aku ada 9 ekor je. Pastu aku dtg kali kedua, aku mntk benda yg sama. Dia tanya aku dah ada berapa ekor. Aku ckp dah ada 50 ekor. Dia tanya lg aku dah pegang taik lembu ke belum. Aku ckp kalau aku xpegang taik lembu, sapa yg nak cuci kandang utk aku. Aku ckp kt dia, dulu aku dtg mungkin aku nmpk xserius. Skrg kandang aku lengkap dgn fasiliti walaupun kandang aku xhebat..dia ckp dia nk dtg tgk nextmonth..tup tup esok pagi dah cal aku dah sampai kandang. Dia tgk semua yg aku ckp aku ada.kt kandang dia tanye aku punya plan. Aku pun citer sket2. Xtau plak dia hargai usaha aku. Minat aku. Bero, gua org kampung ma, makan mcD bkn jiwa gua, tetap petai belacan jgk.
Sifu: cuba ko citer sket apa yg ko rasa ko blh hentak market.
Gua: aku main lembu bkn trading lembu.
Sifu: apa bezanye?
Gua: maaf kalau jwpn ini kalau menguris hati, orang trading lembu, broker lembu atau fidlot lembu apapun terma tetap sama. Beza bkn sebab kandang ko besi, kandang aku kayu kandang dia mahal. Beza kpd mcmana kita menilai setiap inci projek kita.
(Terus dia stop mkn) majoriti semua mmg untung dgn lembu tp pernah tak amik tau sejarah lembu, kasta lembu dalam tamadum manusia selain daripada pepatah melayu kita yg menganggap lembu itu simbolik kebodohan. (Dia geleng kepala) semua orang aku tanya, semua ckp tak pernah walaupun mereka berjaya dgn lembu mereka. Kalau sejarah lembu pun kita tak tahu, mcmana nak kata lembu kita itu bermutu. Kita letak dalam kandang hebat bkn arti lembu kita itu bagus. aku cari ttg sejarah lembu. Dari seni mencipta kobe sehingga pengiktirafan benteng sebagai hak istimewa indonesia. Dari sejarah mereka, aku rasa aku kenal siapa itu lembu. Dimana kasta mereka kpd manusia. Apa istimewa dan unik mereka sehingga dlm kitab kita ada terselit kisah mereka. Dengan sedikit ilmu ini, aku nmpk lembu bukan sekdr lembu. Kalau korg ckp korg jual lembu kerana berat dan besar, pilih lembu kerana ia nmpk gah, bg aku, semua lembu tetap lembu tetapi mereka itu unik sebagai satu ciptaan tuhan. Senang cerita lembu sgt erotik buat gua. Kalau ko tgk kandang aku, mesti ko akan ckp apa la kandang mcmnie. Smua org komen kandang aku, aku kisah apa, aku mahu nilai estetika pada projek aku dan lembu2 aku. Kandang aku mmg xnmpk kandang tp itulah yg lembu selesa. Bergeser pada kayu, bebas melangkah, pijak tanah. Manusia pun kalau dok rumah xde tanah boleh stress, mengapa lembu tidak?
Sifu: apa yg ko nak buat sebenarnya?
Gua: kalau aku cakap aku bela lembu tp tak jual lembu. Mcmana?
Sifu: pelik la otak ko, cuba straight
Gua: gua main lembu, gua nak lembu gua special, gua nak buat habitat sebaik mungkin utk mereka, bukan membina kandang moden mengubah hidup mereka secara paksa. Gua msh baru dlm bidang nie. Gua nak kita buat sesuatu yg baru. objektif kekal sama tapi cara luar dari minda. Aku nak org akan anggap lembu bkn sekdr lembu seperti sebelum ini.
Sifu: mcmana?
Gua: jom main lembu, jgn trading lembu
Sifu: hmm..aku pulak yg bljr dgn ko.
Gua: tak, aku nie anak murid ko, tp bgs kalau seorg guru blh dgr idea anak murid dia.
Sifu: jadi mcmana kita nk buat?
Gua: mula2 tanya apa yg kita nak? Kuantiti atau kualiti?
Sifu: aku sebat dua2..
Gua: tak boleh, hidup kita sentiasa dibayangi 2 perkara. Masalah dan kos lepas. Kita merujuk kpd kos lepas. Kos lepas nie mcmnie, utk dptkan sesuatu kita kena lepaskan sesuatu. Kalau kita nak kuantiti, nescaya kualiti kita terlepas..boleh nak dua2 tp fokua satu dulu pastu baru amik yg satu lagi.yg mana dulu terpulang kpd hak masing2 kerana rejeki adalah hak masing2. Kalau rasa xblh henjut, pusing je. Bukan kita xde pendirian tp pendirian berubah mengikut keadaan. Tp kena fokus dan kena tahan.
Lets say kita ckp nk kualiti, jgn la main sapu je. Lembu jaga smua perkara mereka. Jgn ajar mereka membazir makanan, jgn ajar mereka jd liar. Kita ajar mereka ttg erti kasih sayang, kita ajar mereka bahawa kita hargai mereka kerana mereka adalah rejeki anak beranak kita. Benda ada nyawa mesti ada ruh. Bahasa ruh bkn bahasa inggeris atau bahasa jawa, ruh ada bahasa mereka sndr. Xcaya, ko pernah rasa setenang2 alam x bila tengok lembu2 ko berhenti makan tgk ko, pastu dtg kt ko. Kalau pernah mksdnya ruh kita berinteraksi dgn ruh mereka. Bila jd mcmnie, kk pun cantik anak dia bagi. Kalau kita main kuantiti, mesti angkut masuk kandang, kenal pun tidak dah jual kt org. Lembu tu dah mcm barang plak. Dah xde erotik dia kecuali dalam kepala otak kita, itu smua adalah wang. Gua tak suka itu mcm punya otak.
Sifu: mmg ko nie gila la.sampai mcmtu ko pikir pasal lembu. Tp aku tertarik gak dgn cerita ko nie.
Gua: cikgu ajar saya matematik, saya ajar cikgu antropologi, cikgu ajar saya sains, saya ajar cikgu ilmu mantik. Ilham bukan perkara biasa. Ilham tak semua org ada, idea itu langkah pertama dan ilham yg akan menjadikan sesuatu itu sempurna.
Sifu: betul la, aku sekarang nie mmg tgh blur. Dah mcm tersangkut tak tau apa aku nak buat.
Gua: tarik nafas, jgn melatah..masa akan menawarkan segala..tenang, masalah tu bayang kita.
Sifu: mcmana nak dpt ilham tu?
Gua: quran, aku amalkan baca surah ar-rahman, baca n faham isi dia..amal hari2. Sehari sebaris pun xpe janji kita faham isi dia. Itu yg aku amal dan aku rasa amaze dgn alam sekeliling kita. Tgk apa benda pun, minda aku dah bnyk idea keluar. Tgk cawan nie, apa yg ko blh pk ttg cwn nie.
Sifu: cawan lah..
Gua: aduhai..cuba kreatif, maksudnya aku mntk air tambah.hahaha..
Sifu: haha.. Terkena aku.. Haha..orser la kalau nak.
Gua: gurau je. Benda2 mcmnie kalau paksa otak terima pun boleh pening gak kepala. Mcmnie la. Mcm aku ckp td, bak kata che guevera, kalau nk berperang ingat tiga perkara, curut , buku dan senjata..nanti ko dtg rmh aku, kita lepak kandang aku yg xseberapa, aku potong curut utk ko sebagai tanda ko cikgu aku. Tarak hal curut sebatabg utk ko kalau ilmu ko berguna utk anak cucu aku. Pastu kita cross plan projek kita. Kita tgk mana yg cntk kita bg lg hot, yg xberapa tu ikut kita nak buat mcmana.
Sifu: aku mula2 jmpa ko, dgr apa kata pegawai tu ttg ko, aku xrasa dgn gaya ko mcmnie, ko boleh berckp benda2 mcmnie. Mula2 aku jmpa ko td, aku pk ko nie xde apa special. Tp ko perasan tak aku dok mengadap ko sampai berapa kali aku cuba alih kerusi nak tgk muka bdk nie, tak boleh jugak. Nak jugak mengadap ko. Aku xfaham sgt apa ko ckp tp aku suka ko. Nanti ko ajar aku lg.
Gua: ko cikgu, bukan aku..so, jgn ckp mcmtu. Aku bdk lg utk ajar ko, ko lbh berpengalaman dr aku. Kita sama2 la. Aku pun msh baru sgt dgn lembu.
Sifu: nanti jangan lupa share dgn aku plan ko, aku bkn jns cross line tp aku just nak tau benda baru. Mana tau, inilah benda yg pegawai tu dok cari selama nie. Benda baru utk kita snua.
Gua: insyaAllah, xhebat mana pun projek aku, cuma aku berusaha membuka mata org. Apapapun senua nie melibatkan masa. Aku bkn lahir2 atas tangan nurse hospital pakar. Aku lahir bidan kampung yg sambut. Pelan2 kayuh, janji kayuh sampai tua.
Sifu: last, apa yg ko nmpk ttg projek aku?
Gua: aiyooo..aku xberani ckp tkut sbb ko otai ma..
Sifu: xpe, aku nak tau.
Gua: semua dah cantik, sapa xkenal ko, kalau x, takkan pegawai tu sebut ko utk aku jdkan sifu. Cuma, kita nie melayu. Langkah dah ada, buka luas skit bagi lbh maju..lu otai ma..
Sifu: aku blm berjaya lg dan bila dgr ko ckp lg buat aku rasa mcm aku pun baru nak mula mcm ko. Garam aku mkn smua dah tawar..xmasin lg dah..hahaha
Gua: hahaha..

Kami bersurai dan ini pesan sifu:
Kalau kita main lembu, jgn kita menipu. Kita bg orang makan. Buat benda biar jujur..itu pesan bapak aku. Rezeki kita murah, jiwa kita tenang..

Thursday, November 8, 2012

something for kids | sesuatu untuk anak-anak


THIS IS A COW | INILAH LEMBU!

L.E.M.B.U : (binatang/mamalia/tulang belakang, nouns)
contoh ayat : sungguh lembunya dia ( merujuk kepada mamalia)
                     kenapa perangai kau macam lembu (merujuk kepada nouns)

FAKTA: lembu ialah haiwan dan sampai bila-bila pun ia akan tetap diset sebagai haiwan.

di dalam peradaban malay / melayu, lembu ditujukan kepada sesuatu pee'l dungu, bodoh atau tidak berotak. persoalannya, mengapa? walhal dalam ketamadunan dan peradaban manusia, lembu ini terselit sejarah dan profil mereka yang tersendiri dalam setiap era kemodenan. 

malay/ melayu merujuk kepada sesuatu bangsa yang sangat unik dari tutur lidah, citarasa makanan, kesusasteraan dan semuanya termasuklah keunikkan kemahiran menafsir sesuatu menggunakan mata tak berotak. informasi/ data tidak berjaya jika tidak sampai kepada penerima/receiver. oleh itu, keunikan tersendiri dalam proses sempurna membentuk informasi menyebabkan informasi itu dianggap unik dan kekal sepanjangmasa. 

lembu adalah haiwan bukan binatang (  betapa unik bahasa malay, binatang kategori hitam) yang umumnya tahu zat mereka lebih kurang sama seperti manusia. bedanya tiada akal dalam otak dalam kepala. tiada agama dalam jiwa dalam dada. tetapi lembu ini sama seperti kita punyai ruh dan rasa yang tidak bisa kita lihat di dada atau di mana-mana. bila sesuatu itu punyai ruh maka mereka perlu dihormati seperti mana kita menghormati orang mahupun hidup atau mati. menghormati sudah cukup sempurna untuk termanya, tidak perlu memuja. 

jika dilihat era moden (kononya) lembu ini dikerat kepala, dijadikan pula bahan jenaka bodoh/ aktiviti bodoh. cuba kita fikirkan. adakah ini unik dari segi perbuatan dan ia akan kekal di dalam kefahaman bahasa kita seperti mana perumpamaan lembu kepada kebodohan dalam kesusasteraan kita. adakah ini akan menjadi kekal dalam budaya sehingga tiada otak baru yang ingin mengubahnya..sungguh lembu mereka yang tidak menghormati lembu dengan mengusung kepala ke pesta politik yang mereka rasa benar-benar belaka. ternyata mereka itu adalah lembu yang dicucuk hidup oleh tuannya dan diasak sebagai tulang belakang persatuan! 

jadi, lembu itu siapa dan bagaimana rupanya. jangan berat-berat yang penting kita tahu daging lembu sangat enak dan tinggi khasiatnya. 

Tuesday, November 6, 2012

Membina kandang lembu

Tak susah nak bina kandang lembu..
Ada pensil ada kertas ada imaginasi..

Maka, terciptalah kandang lembu..
Inilah kandang impian gua, tak hebat mana tapi cukup menampakkan gua bela lembu, bukan bela ayam.

Monday, November 5, 2012

Landskap baru farm meraih bumi

Tak perlu untuk kita mendominasi persekitaran, cukup sekadar kita belajar berkomunikasi dengan mereka. Nature itu ada ruh mereka tersendiri. Semoga kitaran ini memberi arti dan rezeki yang baik utk kami..

Monday, April 30, 2012

salam sejahteraan ke-atas kalian semua

Syukur alhamdulillah kepada Allah s.w.t serta jibril dan malaikat-malaikat seterunya. Setelah sekian lama menyemai impian dan harapan, akhirnya rezeki telah mula menampakkan wajah. Kerana sesungguhnya mengembala itu satu teladan terindah mencipta seorang usahawan lagenda kita (Rasulullah s.a.w) maka sejak itulah gua mula jatuh chinta untuk menjadi sang pengembala. Semoga, blog ini akan diupdate dengan info-info dan apa sahaja berkaitan dengan sarikat.

OBJEKTIF:

Dengan ini sebagai langkah pertama, maka MERAIH BUMI adalah cabang ideologi dibawah jenama malasbernafas demi membantu sedikit sebanyak masalah kekurangan sumber daging merah dunia (InsyaAllah). Selain itu, kami secara tak langsung akan membantu sesiapa yang mempunyai masalah untuk mendapatkan bekalan daging bagi majlis-majlis agama, keramaian dan selainnya dengan harga lebih murah sebagai rasa kasih sesama manusia.

NANTIKAN INFORMASI SETERUSNYA DAN DOAKAN KESEJAHTERAAN PERJALANAN KAMI DAN KITA BERSAMA..

*mengapa Meraih Bumi perlu untuk anda?
kerana kami adalah tenaga orang-orang muda dan jiwanya Rock 'n' Roll..kapitalis itu bukan siapa-siapa pada kami. Hasil-hasil penternakan kami pasti unik dari pelbagai sudut biasa. InsyaAllah