nie benda banyak gua tgk setakat nie. kandang punya besi konkrit, lembu tarak. bila tanya kenapa lembu tarak, " saya xde modal nak beli lembu"
bukan gua nak kutuk ke apa, tapi nie benda utama yang penternakmuda kena amik perhatian. ikut tertib dalam proses perancangan. kita main lembu, bukan pertandingan kandang tercantik!
tak perlu kandang besi berkonkrit belaka untuk bermula atau selama-lamanya. kita guna ikut keperluan kita. orangmuda kena kreatif, jangan main ikut je atau nak benda yang bermegah-megah. kita maklum tentang kos yang tinggi atau modal untuk membeli lembu. walaupun luorg banyak harta kaya raya lebih dari harta ahmad albab, jangan buat kesilapan mcmnie. kita main lembu, lebih banyakkan penggunaan sumber modal yang ada untuk membeli lembu. bergadai barang kemas pun takpe sebab lembu nie investment yang kekal selamanya. hari nie ada 10 ekor, tahun depan dah seterusnya akan menjadi kuasa dua.
tak perlu membazir duit membina kandang yang tak goyang. nak nampak smart tapi kepala semak pastu. kandang cukup apa yang kita perlu. kalau modal ala kadar, beli lembu, ikat tali tambat je kat belakang rumah. hari-hari alih tempat meragut. cukup la.. kalau mula dengan banyak, pkai je batang pokok akasia buat tiang dan palang kandang. janji lembu terkawal dan memudahkan kerja.
cincai kira kalau kandang besi konkrit tolak tanah kasi rata abis dalam 30-40k ringgit malaysia, kalau kita beli lembu dah boleh dapat baka elok dalam 15-20 ekor..kandang besi lama2 karat gak, lantai simen kena taik pastu menggerutu gak, lembu, lama-lama makin banyak. bukan tak boleh tapi pandai mengatur langkah untuk kita berjaya, kalau dah nampak hasil, then barulah nak buat kandang ikut suka kita..nak buat ada aircond pun xde hal sebab kita tahu kita boleh ke depan.
jujur gua cakap kenapa gua tulis bendalah nie, sebab orang datang komplen kandang gua itu ini, xpatut buat mcmtu mcmnie..kena pakai besi kena pakai skru. so, gua nak share dgn luorg, nanti dtg KLMB jgn komplen mcm2, lebih baik bertanya dan berkongsi ilmu mana tau boleh tambah apa yang kurang..kandang gua kayu second je, luorg sepak pun goyang..
No comments:
Post a Comment