story menarik seperti yang diimpikan. masa mula-mula gua start main lembu, gua pernah ckp dgn budak-budak gua, "satu hari nanti aku nak adik mat kedah dtg lepak kandang aku"..smua org ketawa, smua org bilang gua gila.
mungkin ini adalah takdir dan sedikit balasan keringat gua, sekarang smuanya jadi kenyataan. skrg hari-hari dia lepak kandang gua. sama-sama kongsi itu ini. otai dtg gua tunduk sket la. tapi apa yg menarik ialah pertembungan dua generasi yang membuatkan masa kami bersama tidak pernah cukup.
siapa mat kedah?
beliau otai seantero malaya, sebut selancar, smua org yg berkaitan lembu kenal nama dia, oleh kerana keuzuran kesihatan, adik beliau telah mengambil alih pengurusan lembu-lembuan mereka yg paling banyak rekod pemilikan personal di dalam felda. semua orang kenal siapa mat kedah dan semua lembunya ada tanda MK. kerana beliau otai.
bg gua, bila otai2 datang jumpa kita, itu kick start yg best. bukan mahu didewa-dewakan tapi ia sebagai self motivate persendirian. tambah-tambah mmg itu satu impian. sejak Pakcik ( adik MK ) lepak kat KLMB, gua dapat bnyk idea-idea baru yang diperolehi dari pertembungan perbincangan kami. setiap orang pasti ada kelebihan dan kekurangan. yang penting saling bantu-membantu dan hormat-menghormati.
pakcik sangat suka melihat lembu-lembuan gua yg jinak dan ramah dgn tetamu. lembu-lembuan beliau liar dan sukar untuk dibelai. gua bukan otai, tapi share je sedikit sebanyak amali gua dgn dia sebab otai dah tanya. syukur alhamdulillah, semua lancar walau ada sedikit-sebanyak dugaan mendatang.
satu perkara yg gua benar-benar belajar, main lembu jangan cepat melatah. jangan buruk sangka jangan hina-menghina. etika sebagai seorang penternak bukan mudah, ia sebagai peringkat pertama mendidik kita tentang tanggungjawab sebagai ketua. sedangkan rasul kita bermula sebagai pengembala, maka pasti hikmah kerjaan itu besar rahmatnya buat manusia..
No comments:
Post a Comment