Wednesday, December 26, 2012

projek jangka panjang bakal bermula (strictly for angus lover only)


mula-mula gua main lembu suka-suka, gua fikir lembu itu semuanya sama. namun setelah disepak, diamuk dan dipecahkan kandang oleh mereka, gua sadari lembu itu ada sifat unik mereka mengikut bangsa-bangsa mereka. dari kisah magis lembu samari (yahudi zaman musa) sehingga ia dibawa ke sungai gangas meneroka tamadun manusia, gua mula jatuh chinta sedikit demi sedikit.

bermula dengan rasa chinta berlebih ini, gua terus meletakkan lembu itu sesuatu ciptaan yang sangat esotik dan sesetengahnya begitu erotik. bila bicara lembu, gua akan lantang mengatakan mereka ini esotik sehingga pegawai vaterinar mula menerima terma ini. mulai saat itu, gua terus meneliti dan mengkaji bagaimana untuk gua mulakan sesuatu yang boleh mendidik masyarakat tentang perkara ini. gua mahukan semua lembu itu dikomersialkan sifat esotik mereka.

seperti kebanyakan orang bicara, si Nelo itu mudah naik minyak, itu benar, gua sudah merasainya, abis pecah kandang dek anginnya. si Brahman itu lembu bandar, itu juga benar, tidak bisa dia meneroka kawasan yang sukar, terkena duri, alamatnya tenat seketika. si KK itu lembu cokia..haha..ini gua marah! KK itu khazanah kita, jangan beda-bedakan saiz kerana kita alpa dengan erotik bangsa mereka. KK ini kecil tetapi ia gagah sebenarnya. lembu France yang gagah-gagah saiz mereka itupun unik juga. menarik minat semua golongan penternak kerana warna dan namanya. tak kisahlah bloodline peratus banyak mana, janji boleh dinamakan charolis, jalan saja..harga tidak pernah dipersoalkan jika dibandingkan dengan urusan lembu-lembu lain di malaysia. begitulah juga dengan bangsa-bangsa lembu selainnya.

namun, gua kekal memilih keutamaan kepada apa yang gua rasa ia faktor unik yang umum untuk semua. faktor unik yang membolehkan harganya komersial, faktor unik membolehkan ia diangkat sebagai bangsa pendaging terbaik, faktor yang membuatkan kanak-kanak inginkan lembu menjadi binatang peliharaan mereka dan faktor unik yang membuatkan kalian semua kekal ingat KL|MB bila melihat signboard di jalan raya. itu yang gua mahukan dan ia seakan kerjaan tidak kena dalam sektor penternakan yang dipenuhi kekotoran lumpur dan bau yang menggelikan wanita. kerana chinta, tahi itulah wangi baunya..so, gua jalan jela..

so, untuk mengunikkan KL|MB dari kandang-kandang taiko-taiko yang dah lama atau dari kandang tauke-tauke kaya-raya, gua terpaksa bekerja keras meneruskan usaha yang tidak akan nampak apa-apa kecuali kritikan membina dan menghina. so, gua jalan jela..

gua pernah cakap sekarang bukan masa utk gua membina empayar profit, sekarang adalah masa untuk gua membina realiti impian gua terhadap lembu. projek ini menelan kos yang tinggi dan sebab itu gua terpaksa berkira-kira menjual apa yang ada untuk memastikan aliran modal itu kekal sehingga gua berjaya. gua bukan slaughter, gua bukan fidlot, gua penternak yang menjual ternakan untuk meneruskan projek kerana gua budak kampung yang tidak kaya.

bila tiba elemen utama projek, gua kini rasa gembira dan sedikit gementar dengan risiko kematian dan sebagainya. modal lekat pada pejantan ini dan ia akan kekal menjadi investment tepu untuk gua. pelbagai cerita dan pelbagai kerisauan melanda. gua redha jika berlaku perkara yang tidak diduga, gua redha kerana itu takdir antara gua dgn dia. namun, gua kekal melakukan segala usaha terbaik bagi memastikan dia adalah jagoan gua. persiapan habitat tidak se gah mana tapi mungkin sudah cukup untuk dia menjadi haiwan kesayangan..

untuk itu, signboard baru akan naik dan ia menjadi tanda pertama projek KL|MB dalam menempa tempat di antara taiko-taiko dan tauke-tauke sektor ruminan atau daging merah tempatan. so, jika kalian ke KL|MB, pastikan kalian parking pada tempat yang betul.

nama : apis
garisan darah : black angus
umur : 1 tahun
jantina : jantan
berat semasa : tidak dapat dipastikan




No comments:

Post a Comment