harinie gua share sedikit pengalaman menjadi penternak lembu. ini sebagai iktibar dan pengajaran dan sempadan utk kita semua. mungkin orang melihat semuanya manis dah seakan mudah,namun hakikatnya untuk mengecapi sesuatu perkara itu memerlukan ketabahan dan semangat juang yg tinggi. kita mencari rejeki dan ia milik Allah yg Esa, bukan milik sapa-sapa.
situasi tipikal orangmuda vs anaksultan di felda.
nie perkara biasa jika di mana-mana felda, yang tua tidak pernah memberi ruang kpd yg muda dan yg muda tidak pernah memcari peluang dari yg tua. pengalaman gua kerana sekangkang tanah rezab sehingga bergaduh selepas solat jumaat di dalam masjid amat memalukan dan hina. rentetan peristiwa ini, gua sudah tidak pernah mahu memberi hormat kpd mereka yg tidak pernah tahu menghormati org lain. hal tanah milik si polan adalah perkara normal dan ia sudah kuno di felda. berapa banyak anak-anak sultan di sana. sementara tanah berhutan banak, takde siapa pun yg mengaku itu ini, bila dah terang dan nyata, dtg mengaku itu tanah hak dia. mungkin ada batu nisan nama dia kt situ, mungkin gua je tak perasan masa melakukan kerja pembersihan. sampai bertempik dalam masjid, sampai menyerang dengan kata-kata kesat walau dahi dah bebirat line hitam. dah beberapa tapak kandang gua terpaksa berpindah randah. dari paya ke paya,sampai gua terpaksa meletakkan kandang di kawasan banjir untuk sementara. hasad dengki melayu memang lebih zalim dari yahudi di palestin. tidak bisa melihat anakbangsanya sendiri maju. mungkin kasar tp ini kenyataannya. tp, syukur alhamdulillah, kerana peristiwa-peristiwa ini, tuhan murahkan rejeki gua, dapat tapak kekal dengan berganda luas. syukur dan pulih semangat. namun, walau terceruk dipinggir hutan, perkara yg sama kekal. gua lupa gua hidup dalam masyarakat melayu. hutan belantara dah terang, kandang dah naik, lembu dah bahagia dengan habitat mewah, ada lagi anak sultan datang. dengan lebih elegan mengakui ia punya geran tanah milik sultan. pak imam pernah pesan, klau terlalu bnyk mengalah sehingga membawa padah, itu dayus namanya. utk tapak KL|MB ini, gua berani mati utk melawan tanpa mengira status gua anak felda lu anak raja. langkah mayat gua dulu, ludah muka gua dulu kalau nak mengaku tanah nie tanah bapak lu! gua bukan dapat dengan goyang kaki, gua tau hal birokrasi, gua bukan budak kampung tak masuk universiti. elegan tak elegan nak main lawyer plak anak sultan nie. gua tarak hal sebab berani kerana kebenaran itu satu tuntutan.
dengan tekanan dari golongan anak-anak sultan nie, ada lagi tekanan dari luar kerana hakikat satu negara nie melayu rupanya. penipuan dalam berurusan itu bukan perkara aneh bagi melayu. melobi dengan nama tuhan, cakap sepatah kalimah 10 patah. tapi tetap makan duit haram mencari rejeki dengan menganiaya orang. gua mengaku, gua mmg kena tipu masa permulaan. lebih teruk melibatkan kos yang tinggi sehingga gua terpaksa hold projek utk beberapa bulan. menggadai lembu-lembu sedia ada untuk terus melangkah. perit tapi ini adalah benar. di selancar, kedai kopi punya cerita macam-macam, gua digelar tauke kaya namun hakikatnya, gua terpaksa memerah otak, utk mencari modal pusingan. di tipu orang melayu sendiri ditipu dengan kalimah suci lagi. apa nak jadi dengan kita pun gua tak tau. harap kalian berhati-hati kerana melayu tidak pernah mengenang budi.
ada lagi perkara perit yang terjadi, kawan sendiri plak sempat buang taik kt kandang gua. elok selepas stabil dengan emosi dan kerugian sebelumnya, datang lagi ujian semasa. hmmm..duit itu umpama racun, kerana duit abis semua.
bila dah lalui semua ini, dan bermacam-macam pengalaman sebelumnya, dari kekejaman metropolitan kotaraya, sehingga kedengkian masyarakat pedalaman, gua set diri gua, gua main lembu untuk kepuasan dan mencari rejeki menyara mak gua. gua bukan heran ttg kapitalis dan gua bukan heran ttg ringgit kasorga. yang gua inikan adalah kebahagian menghabiskan sisa-sisa kehidupan.
utk orangmuda yg nak mula, jangan terlalu berharap dan bergantung dengan orang lain, mula sket-sket. takde duit, jgn bela banyak, cari sepasang dua pun dah cukup. jangan tergesa-gesa dan jangan mudah perkara dengan pak haji atau sesiapa sahaja. kita berurusan lembu ini majoritinya melayu, bila melayu mereka dah tak pikir anak bangsa, diaorg pikir nak kaya cepat je. tp smpi skrg orang melayu yg mcmnie xpernah kaya tapi makin layu.
gua tak la bagus sangat nak mengata, sekadar berkongsi sedikit pengalaman yg mungkin tipikal dengan kalian semua utk kita sama-sama menjadi lebih dewasa. kepada semua penternak, jangan pikir kandang sendiri sahaja, jalinkan ikatan ukuwah utk kita sama-sama berjaya. hidup bukan utk menjadi kaya, hidup bermakna bila kita berjaya. terimakasih atas sokongan semua. terimakasih!

well said bro.. teruskan perjuangan.. keratong sentiasa berdekatan dengan selancar..
ReplyDeletetq bero, xde halangan xbest hidup bero..
ReplyDelete