ini potret gua. gua xnampak mcm org cerdikpandai atau millionaire atau model ternama atau yb mana-mana dun kt malaysia. sebab dulu gua dah pilih ingin mencari rezeki dgn usaha sendiri, tidak menggunakan segulung kertas dasar pendidikan negara sebagai tiket utk menyara hidup, syukur gua kaya raya dengan macam-macam cerita asam gaya hidup. gua bukan bagus utk menjadi guru kepada sesiapa tp setiap hari gua menjadi guru mendidik jiwa dan otak gua menjadi jiwa yang bersih dan otak yang putih. sekarang, gua dah berubah angin, gua meninggalkan business dan beralih menjadi pecinta lembu. gua baru setahun jagung je ternak lembu, baru kena tendang sekali je. baru kena tipu sket2 je. so, gua bukan menulis teori-teori utk menternak lembu, gua menulis pandangan dan berkongsi pemikiran utk mengubah budaya berkaitan lembu.
babi : CROSSLINE atau dalam bahasa melayu memotong jalinan.
dalam bab nie, gua agak suprise, sepjg berurus niaga dgn apek tua, india, mat saleh malah dengan yahudi diluar sekalipun, terma crossline tak pernah gua kenal sehingga gua masuk arena penternakan. gua pernah ckp kt beberapa bero-bero yg pernah duduk semeja dengan gua yang smuanya lbh otai dalam ternakan, gua bukan jenis takut orang crossline kerana crossline ini pelurunya adalah duit. kalau duit, xkemana ceritanya. mengapa ada terma crossline dalam arena ini, ia mudah kerana arena ini lambakan bangsa melayu yang bersepah-sepah. mengapa ia terjadi? kerana melayu itu hatinya sangat gothik. jiwanya sentiasa resah melihat saudara sendiri mahu berjaya. bagi gua yg baru setahun jagung nie, perbuatan crossline ini adalah sangat sumbang dan ia tak perlu ditakuti oleh penternak. jika kita percaya crossline ini virus dalam usaha kita, maka ia akan kekal sebagai virus yg merosakkan jiwa kita. maka, ia tidak akan bisa diubah oleh mana-mana filosopi agung. abaikan mereka yg suka crossline, teruskan sahaja usaha kita.kental pasti kekal berjaya.
babii : gosip harga
gua enjoy dgn kehidupan sebagai penternak nie. pelbagai ragam dan cerita. gosip harga adalah satu ancaman fitnah dan mungkin malapetaka kepada kita. main lembu, mulut jangan celupar. kita sibuk cerita harga lembu dia begitu begini, harga lembu kita tak konsisten, buyer lari sebab semalam cerita mcmnie,harinie cerita macamtu esok dah start harga merapu. jauhi sifat suka gosip harga demi manjaga keamanan dan kemakmuran antara kandang-kandang kita. lembu dia harga dia, lembu kita harga kita, itu bukan masalah, yang penting kita sama-sama ada lembu betina.
babiii : racist bangsa lembu
nie benda biasa kt malaysia. bila brahman banyak, smua kata brahman barang kasar, bila kk je ada, kk tu la intan permata. jangan kerana saiz kita membeda-bedakan lembu. setiap bangsa itu ada keistimewaan mereka dan ketidaksempurnaan itu abstrak utk kita terjemahkan. ambil yang indah-indah. hidup kekal dengan kesinambungannya. kalau anda percaya pada kuantiti, biarlah yang lain percaya pada kualitinya. lembu kekal esotik walau ia berbeda bangsa. jangan zalim membeli mereka seperti membeli hamba kerana lembu inilah rejeki kita ada.
babiiii : sembang kencang sampai xde angin pun pokok boleh goyang.
sifat nie gua agak kurang gemar, gua pun kadang-kadang terlepas kata jugak. bukan apa, gua dah jmpa dan dengar bnyk sgt kisah lidah lebih laju dari otak yang berfikir. lu nk sembang kencang pun tgk orang, bukan apa, kadang-kadang bila jadi depan mata gua, gua malu. satu kisah iktibar la. gua pernah bawa kawan gua jumpa satu tauke cina, hal lembu punya cerita. itu tauke sudah ngam sama gua punya lama, dia pun main2 lembu saja mau seronok join gua, boleh plak si polan nie sound dia, "lu cina, ada wang jom kita kongsi tapau satu kandang, sana ada tauke cina bnyk lembu, lu senang cerita sebab lu cina, dia cina, saya melayu ma..susah mau kira."
gua dengar ini ayat, gua rasa nak je gua suruh tauke nie buka kandang pitbull kasi gigit itu melayu. sembang mcm lu ada beribu lembu kat kandang, mcm lu ada modal nak campak kat orang. selamatla tauke tu ngam dgn gua, kalau tak, insyaAllah.. budak tu kena pelempang. kita bercakap dpn orang kena pandang-pandang. kalau bercakap dalam internet sukati luorg la..
babiiiii : NFC sana sini sinun
kes NFC nie xabis-abis jd bahan sembang. dah la tu, benda yg unsurnya politik sembang buat buang masa je. kalau lembu tu dah beranak 7 keturunan pun xabis lg. dari menyalahkan orang, baik kita belajar utk jangan buat macam diaorg. kita buat je kerja kita. janji lembu kenyang, kandang tak goyang.
babiiiiii : lu banyak duit bolehla, gua mana ada duit nak buat modal
jangan asyik ckp itu mcm, kadang bagus gak, cakap tu doa, orang yg suka mendoakan kebaikan orang lain mmg gua suka. tp jangan la kita doakan yg baik kt org je, yg buruk kt kita. kita smua sama, janji ada minat ada usaha mesti jalan, kalau lu nak anak dara orang, hantaran sama mcm modal sekandang pun tarak hal kan. janji ada minat mesti ada cara. pelan-pelan kayuh bero,janji jalan sampai hujung dari kayuh laju-laju pancit tengah-tengah..takkan mau tolak sampai hujung..
babiiiiiiii dan seterusnya, lu tgk diri lu,gua tgk diri gua, kita sama-sama belajar menjadikan esok lebih educated dari harinie. gua mintak maap klau gua asyik kritik dan kritik sahaja. mcm gua ckp td, cakap depan orang pandang-pandang, ckp kt internet sukati sndr la..menulis blog nie seperti mengingatkan pada diri sendir je bg gua. xde kaitan dengan lembu dikandang.

No comments:
Post a Comment