Tuesday, December 18, 2012
tahap slaughter
cerita best..
gua lepak dengan taiko tadi..lembu dia mmg A la sebab dia taiko. gua suka terma dia masa dia tunjuk sekor ibu nie, "yg nie tahap slaugther, mmg cantik tapi dah tahap slaughter"..
so, gua terpikir tentang objektif dan tentatif program penternakan domestik.
dari terma simple td, dari mulut taiko yg disegani..gua terpikir tentang konsep industri domestik. konsep yang ada adalah menternak sehingga tahap slaughter ( lebih ke arah profit). apa yg KL|MB cuba buat adalah menternak sehingga tahap jatuh cinta. konsep penternakkan hobi. lebih ke arah menikmati kehidupan bersama. gua nak lembu pergi ke satu tahap baru atau lebih lagi ke depan dari tahap slaugther.
maka, tentatif perlu lebih rapi untuk memastikan objektif KL|MB sampai kepada semua ( bukan market sedia ada shj). gua sekadar ingin memeriahkan majlis sahaja.
jangan persoal tentang modal kecik atau besar, modal itu bergantung kepada kemahuan tuan punya tanah. jika kita mahu yang kasar-kasar, maka modalnya pun kasar. jika kita mahu mudah-mudah, maka modalnya itu mudah sahaja. bukan kerana kita kaya atau tidak, kalau tentang impian, tak ada manusia yang impiannya kecil, semuanya tinggi-tinggi sehingga ke awan. sebab itu namanya impian. waktu sekarang, kenyataannya adalah kejayaan yg kecil dari impian yang besar. sebab tu gua lebih suka imaginasi yang tinggi dan kenyataannya sangat mengujakan jiwa kita.
kita manusia, lembu itu haiwan tetapi kita dalam kumpulan perkara yang punyai ruh dan nyawa. mesti ada connection yang perlu kita teroka dan ianya pasti ada hikmah yang sangat besar utk kebaikan semesta. jiwa gua lebih kepada penulis untuk perkongsian ilmu. bila gua berjalan melihat tempat luar, gua belajar satu perkara. untuk mengubah sesuatu budaya, kita perlu mengamalkan budaya tersebut dah pasti idea pengubah itu akan berjaya walaupun melibatkan masa yang lama. dalam hal ini, gua buka filosoper hebat untuk mengubah sesuatu haluan, gua cuma seorang budak baru belajar tentang lembu yang ingin membuka minda dan mata semua untuk menerima sektor penternakan ini sebagai sesuatu yang istimewa. bukan dipandang enteng dan dikelaskan secara zalim. sebab itu, gua sendiri main taik lembu, kena tendang lembu, pikul kayu kandang dan sebagainya walaupun hakikatnya gua bukan kuat untuk perkara-perkara sebegitu. gua perlu mengalaminya dan merasainya sendiri agar penulisan gua suatu hari nanti bisa dirasai dan dijiwai oleh semua dan memupuk rasa baru yang berbeda tentang budaya memelihara..so, jangan takut untuk berimaginasi dengan KK kepunyaan kita..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment