Monday, December 24, 2012

KARTEL UNTUK ORANGMUDA!

KL|MB adalah ladang pembiakan gua. utk langkah seterusnya, K|MB.SG telah ditubuhkan dan baru sahaja mencecah umur seminggu jagung dalam sektor kita. K|MB.SG adalah KARTEL ( organisasi mafia jika di Italy) yang akan bergerak secara bebas dengan birokrasi dan undang-undang organisasi sendiri bagi memupuk lebih ramai orangmuda menjadi penternak baru. dengan kerjasama dan nasihat jabatan terlibat, kartel akan memastikan penternak baru mempunyai pilihan dalam membuat keputusan berdasarkan pasaran semasa. kartel akan membuka tawaran terbaik dan kualiti terbaik utk anda mula melangkah!

OBJEKTIF:
  • membekal stok utk perniagaan dan penternakan dengan harga patut
  • mengawal kualiti stok dengan nilai ringgit belian
  • berusaha meletakkan ceiling dan floor price bg menjaga kesejahteraan pasaran dan pertumbuhan sektor penternakan
  • mempunyai infrastruktur dan kemahiran untuk membantu dari segi kualiti baka dan khidmat nasihat.
  • mengumpul seberapa banyak ahli kartel baru untuk menjadi sebuah organisasi asas utk penternak muda memperbaharui cara dan halatuju sektor.
  • memastikan hak penternak tidak dicabuli sesuka hati oleh golongan bangsawan atau taiko-taiko tempatan. 
oleh itu, terus menyokong kartel kami, pengumpulan dana utk infrastruktur RnD dan fasiliti teknologi serta ide2 baru konsep ternakan kartel adalah dari penjualan lembu-lembuan kepada kalian dan pemintaan pasaran. kartel akan memastikan harga terbaik dgn kualiti lembu padan dengan nilai ringgit anda. TERUS MENYOKONG INDEKS KARTEL INI..jika ada jodoh dan rejeki kita, mungkin kita semua membesar dalam kartel yang sama..

doakan yang baik-baik utk kartel dan kita smua. kami baru seminggu jagung, impian kami setinggi gunung. semoga Allah dan malaikat-malaikat sentiasa mendengar doa2 kita. semoga usaha ini direstui bumi..

terus ke FB : Kartelmb.sg utk maklumat seterusnya atau untuk kemusykilan yg ada.


No comments:

Post a Comment