Friday, November 30, 2012

lembu dan talinya..

gua bertenggek dipalang kandang sambil berhujan menikmati rahmat tuhan. dalam lebat itu gua terpandang tali yang gua gantung di salah satu palang. gua mula tertarik dan jatuh cinta terhadapnya. tak kenal maka tak cinta, kita gua baru sedar sebenarnya yg cantik itu ada di depan mata. bagaimana selama ini gua tidak pernah sedar akan nilai seni yang ada.

gua terfikir keunikannya, maka gua mula ghairah untuk mendalami segala jenis kesenian ikatannya. sangat menarik bukan. tali yang selama ini dipandang enteng, sekadar digunakan jika perlu, walhal ia penuh dengan teknik yang menarik dalam sulamannya.

setakat kajian gua, elemen yg digunakan sangat natural. sulaman dan teknik lilitannya sangat praktikal dengan sifat lembu itu sendiri. hmm..tak mustahil suatu hari nanti, bila semua perternak mengimpikan kandang yang moden ( konon ), pasti tali ini akan menjadi sebahagian aksesori hiasan dalaman rumah kita selain ia tergantung dipalang kandang kayu seperti kandang gua yang sekangkang kera ini. jiwa gua memang nalurinya seni, fikiran gua antara halusinasi dan imaginasi dan otak gua sentiasa mahukan memori-memori silam diulang tayang. gua mahukan kehidupan tenang jauh dari ketamadunan yang tidak balance..

jika suatu hari anda ke KLMB, jangan lupa membawa pulang tandahati, cukup sekadar seutas tali, jadikan ia sebagai memori. ia adalah khazanah seni untuk generasi mendatang.

mengikut kira-kira modal pusingan yang ada, insyaAllah mulai tahun hadapan anda boleh melawat jika ada kesempatan. semoga ia memberi ilham kpd anda untuk sama-sama kita bermain lembu dan tenang sebagai khalifah alam..sekian.

No comments:

Post a Comment