Sunday, November 18, 2012

Kandang oh kandang, lembu oh lembu

Mat Jenin mati bukan kerana dia berangan-angan, dia mati kerana tuhan lebih sayangkan dia lebih dari kita semua.

Tapi mengapa semua bilang sebaliknya. Mengapa sejarah itu penting? Penjajah sedar kita ini hebat2 orangnya. Oleh itu, direka cereka penglipur lara tanpa tarikh dan monumen bukti ia benar. Bagi gua Mat Jenin adalah ikon businessman melayu generasi pertama. Dia melihat peluang tetapi kita melihat dia seperti tiada guna untuk tamadun mendatang.

Bila gua relax2 tengok lembu dari atas palang kandang, gua teringat mat jenin. Gua lihat seluas alam betapa rejeki tuhan bertebaran untuk dikerjakan. Sedih bila gua terkenangkan mat jenin. Jika dia panjang umur. Pasti dia orang yg gua cari utk meneliti mindanya.

Begitu juga tentang ternakan gaya sekarang. Biar kita jadi Mat Jenin. Kita tengok peluang dalam ruang yang tersedia. Tak mati pun kalau bukan ajal kita. Masalah modal, itu bukan yang utama. Kalau kita nak, pelan-pelan kayuh jadi kita letak sepenuh usaha. Mat Jenin dulu pun tak kaya. Kalau dia kaya kenapa dia amik upah petik kelapa. Dia kental sanggup lakukan kerja yang dikerjakan oleh beruk dalam sejarah kita. Modal adalah wang. Wang itu kertas sahaja. Sebenarnya, modal kita bukan sekadar wang. Modal kita melibatkan pelbagai perkara termasuklah kandang dan sebagainya. Wang dan wang. Itu pikiran orang kaya yang malas berusaha. Taknak berpeluh. Rejeki bukan dari peluh rahmat dia tak berapa sempurna. Modal kita sebenarnya adalah imaginasi dan usaha kita. Wang kertas itu hanya untuk beli lembu kerana ia mengubah wang yang susut nilai kepada produk pelaburan bermasa depan. Kandang kita takde kayu belah pakai kayu pokok biasa. Kalau dah nak sangat berjaya, silap2..buluh pun bisa saja. Makanan lembu kalau takde budget dedak, ringan sikit tulang kutip pelepah sawit, potong rumput, kutip sisa sayur pasar. Itu cukup untuk lembu kenyang. Apa lg yang dipeningkan tentang wang!

No comments:

Post a Comment