Tuesday, November 27, 2012

penternak, pendaging, pembeli dan ...(bab harga)

dalam minggu nie bnyk benda best, benda yang sangat mendidik minda. dengan kesibukan menjual lembu, melayan kerenah anak-anak lembu baru, melayan cuaca sayu-sayu dan menghadiri MAHA yang gempak giler tu!

beberapa harinie bnyk kenalan baru dalam industri glamour nie..semua penternak berkongsi idea,pandangan sampai cakap telepon pun berjam-jam. sms tak putus-putus tanya itu ini, best..ilmu untuk berkongsi. dalam bnyk perkara sebegini ada beberapa frasa idea yg boleh dikongsikan..utk kali nie kita berkongsi tentang harga.

BAB HARGA

bab ini adalah bab kritikal di antara empat penjuru yang berkaitan industri glamour ini..penternak,pendaging,pembeli dan ...

penternak   : orang (bukan lembu) yang menternak lembu
pendaging  : orang (bukan penternak lembu) yang menjual daging
pembeli      : orang (bukan tahu sangat pasal lembu) yang paling penting utk mengekalkan keglamouran industri
....              : mungkin orang atau mungkin lembu

harga adalah perkara utama melibatkan empat golongan di atas. penternak dengan masalah harga untuk membeli bekalan lembunya, pendaging dengan masalah nak 'match' kan harga beli lembu dgn jualan karkasnya, pembeli dengan masalah persepsi mereka dan ...lagi banyak masalahnya.

ok, time gua jual lembu gua berdepan dengan semua golongan ini dan gua jumpa satu solusi mudah untuk memudahkan urusan jual beli dan memastikan konsep menang-menang itu ada..

episod dengan penternak | watak sekadar hiasan untuk pendidikan

penternak : tuan, saya nak beli lembu, berapa harga sekor?
gua : tuan nak bela ke nak jual?
penternak : saya nak start bela. nak tambah2 lembu yang ada.
gua : oo..tuan nak lembu mcmana?
penternak : nak cari yg bagus, nak buat baka TAPI HARGA BIARLAH KENA
gua : saya ada beberapa jenis, yang solid ada tp HARGA PUN SOLID, yang biasa pun ada. 
penternak : kalau 20 ekor yg solid berapa?
gua : tuan budget berapa?
penternak : 20ribu...
gua : tak dapat tuan, maaflah,kita sama-sama cari makan,harga mcmtu tak logik. anak pun sekarang belum cukup setahun pun dah cecah seribu.
penternak : kata sama-sama nak TOLONG kawan..takkan tak boleh..
gua : macamnie la tuan, tuan ada berapa ekor lembu kat kandang sekarang?
penternak : dalam 30 ekor mcmtu la..
gua : ok la, saya jual 20 ekor kt tuan dgn harga 20ribu,tuan jual kat saya 30 ekor tu dgn 30ribu..tuan beli lembu saya seribu sekor, saya beli semua lembu tuan seribu sekor..deal?
penternak : tak boleh la mcmtu..
gua : nape, kata TOLONG-MENOLONG
penternak : tak boleh cari makan mcmnie..

# dari cerita rekaan ini, gua perasan satu perkara, tawar-menawar mmg perkara wajar tetapi harga yg ditawarkan tu bias semata. gua jenis senang kira, kalau lu rasa harga yg lu mintak tu,harga yg lu boleh tolak lembu lu, menang-menang, lu beli lembu gua dgn harga tu, gua beli lembu lu dgn harga mcmtu gak. kalau lu tak sanggup,maksudnya, harga yang lu mintak tu adalah bersifat penting diri. kita sama-sama sayang lembu, ini bukan tentang mahal murah ini tentang integriti industri!

episod dengan pendaging | sekadar rekaan

pendaging : nie berapa kira lump sum?
gua : pukul rata la pakcik, rm35k..
pendaging : mahal tu..timbang kilo boleh
gua : saya tak jual timbang kilo sebab saya bukan fidlot.
pendaging : apa bezanya?
gua : saya main lepas ragut, takde target berat harian..lembu saya bukan saya pam utk duit, lembu saya nie saya pelihara tiba time nak jual,saya jual. fidlot boleh la timbangkilo, diaorg dah ada target sehari naik berapa kilo, pam kasi gemuk kasi berat. saya belum ada hati nak buat mcmtu.
pendaging : sama je..
gua : ok la kalau pakcik pikir mcmtu tp mintak maafla saya tak boleh timbang kilo..
pendaging : aku tgk lembu ko nie average pun tak boleh cari makan..
gua : setiap orang berbeza pandangan. kalau pakcik tak boleh buat jangan beli. buat apa kita buat benda yang kita rugi.
pendaging : karkas pun kecik je nie..
gua : pakcik, bila saya mula menternak, saya pegang dua perkara:
1) lembu bukan business tapi investment paling best
2) lembu takkan merugikan tuan sebab benda ada ruh nie malaikat jaga..melainkan kita bukan tuan dia.
pendaging : ok la, aku balik pikir dulu.nanti apa-apa aku call balik.

# rekaan cerita ini mengambarkan bagaimana konflik tentang harga yang dihadapi oleh penternak dan pendaging. solusinya ialah penternak perlu tahu lembu yang dijual utk apa dan siapa. adakah utk daging atau dijadikan ternakan. pendaging pula perlu tahu apa yang dicari, mungkin ingin mencuba nasib kot-kot dapat makan lebih,itu terpulang kepada diri masing-masing,yang penting saling menghormati dan kekalkan keglamouran industri ini. sebab tu gua lebih selesa jika para pembeli memberitahu mereka siapa dan tujuan membeli. memudahkan segala perkara dan tidak membuang masa dan kredit telipon smua..

episod dengan pembeli | sengaja direka-reka (harap bukan dosa)

pembeli : saya nak beli lembu untuk kenduri anak saya minggu depan
gua : boleh pakcik, berapa ekor?
pembeli : sekor cukup lah.kenduri kecik-kecik
gua : pakcik pilihlah nak yang mana?
pembeli : bapak nie berapa?
gua : bapak nie kalau kenduri kecik-kecik terlebih nanti.
pembeli : aku nak bapak nie
gua : 4ribu je la..pakcik pun nak buat kenduri.orang kampung jugak..
pembeli : pakcik bajet dalam seribu setengah je..tak dapat ke?
gua : bajet pakcik dah betul dah tu utk kenduri kecik-kecik. saya bagi yg tu.boleh? cukup la makan satu kampung. pakcik pun ngam bajet.
pembeli : kecik la, bapak nie baru banyak daging.
gua : pakcik tambah bajet, saya bagi bapak nie.
pembeli : hmmm..MAHAL

# cerita ini pasti ada sambungan episod pembeli bersama rakan-rakan kedai kopi. konflik begini biasa atau gua je yg hadapi. tapi xpe, gua share jugak mana tau luorg pun sama nanti. pembeli mmg bnyk kerenah tambah-tambah pakcik-pakcik yang menggunakan status mereka sebagai peratus diskaun. kita tak boleh salahkan mereka kerana pembeli sentiasa betul walau apa sekalipun. untuk mengelakkan konflik atau episod bersambung, kita sentiasa alert dengan harga dan rekod kenduri-kenduri tempatan. jika time perayaan, kita kena alert dan ambilkira rekod-rekod harga jualan raya-raya sebelumnya. kita tak perlu meraih begitu banyak keuntungan atau kita tak perlu bergaduh pasal lembu. kekal dengan dasar menang-menang, kita tolak ansur dan sentiasa membantu pembeli memahami apa yang mereka perlu. biasalah, bab kenduri semua mau egois..semua mahu cerita kedai kopi dan sebagainya. so, para penternak perlu akur dan bijak menangani. 
INDUSTRI GLAMOUR, GOSSIP TU MACAM NASI.

episod dengan ... | watak tak kira siapa
 (sms)
... :  salam, saya nak beli lembu
kita yg jual lembu mesti happy dgn sms rawak mcmnie..
gua : nak berapa ekor
.... : 10 ekor jantan betina campur
gua : ada nak buat apa?
... : belajar bela lembu
gua : nak jaras ke 
... : tak kisah la mana-mana
ayat mcmnie, kita yg jual mesti suka punya
gua : saya ada jaras, saya ada yg dah besar. u nak mana, saya xblh pilih sbb nanti bias
... : jaras berapa?
gua : dalam 13-15k boleh adjust la
... : besar punya
gua : 15-25k
... : permit n lori mcmana
gua : kalau betul nak beli, benda-benda nie boleh setle. kalau u xde lori, saya usahakan tp kos sama-sama la
... : saya dok jauh nie
gua : jauh bukan masalah selagi ada jalan
... : saya nak 3 ekor je
gua : tak bebaloi dengan lori nanti. tapi kalau u nak, bajet xckup, i got package. u just beli 3 dulu, i put in my cattle bajet hotel, nanti ada bajet topup la cukupkan satu lori. sementara tu, i jagakan lembu u. the deal is u pay deposit utk 3 ekor nie..nanti byr full bila lori sampai.
... : berapa lama boleh tlg jaga
gua : penginapan sebulan free, tp kalau lama lagi kena bayar sket la, makan minum lembu, saya ada kos pekerja. lembu u saya xlepas, saya bg makan dalam hotel dia je..tp kalau u cancel, deposit burn la. saya cakap awal2 sebab taknak gaduh2. kita sama2 cari makan,harap faham la..saya dah berusaha utk membantu smua customer saya. kalau ikutkan, nak amik tanggungjwb tlg jaga tu bukan semua sanggup. saya faham sbb mula-mula dulu saya pun ada masalah mcm u. kalau boleh saya xnak u rasa n nak galakkan lebih ramai mula menternak lembu. biar darahmuda ni sama2 nanti berjaya
.. : kalau saya beli sket2 harga mcmana?
gua : kita 1st time business sama, saya jenis senang, percaya je..kalau u xjujur, next maybe sukar utk budibicara..berapa u target nak beli n berapa lama masa u nak guna hotel
... : saya nak beli 20 ekor tp masa maybe 3 bulan kot beli sket-sket..
gua : no prob..kita terus kira harga 20 ekor, masa 3 bulan..after dateline..contract terminate..
... : terimakasih..
terus dia call

# dari dialog rekaan ini, sebenarnya harga bukan masalah utk golongan ... nie selagi ia wajar kepada mereka. cuma, sebagai penggalak industri, kita penternak sediaada kena menangani konflik-konflik kecil utk memudahkan golong ... nie. jangan terlalu berkira sangat untung rugi. kita dalam industri glamour nie kena built relationship, baru lebih glamour dan terus glamour. tp, ingat..PENTERNAK SEDIA ADA BUKAN SEKADAR PENTERNAK MALAH SEBAGAI PENGGALAK KEPADA MASYARAKAT. jangan pikir bukan-bukan, market kekal ada, rejeki kerja tuhan. jangan kita terlalu kapitalis dan penting diri..


kesimpulannya, harga sebenarnya adalah masalah kecil sahaja, faktor yang memungkinkan ia menjadi besar adalah diri kita sendiri. jika kita pentingkan diri, harga mungkin dijadikan topik. jika kita busuk hati, harga adalah racun yg kita guna. jika kita benar-benar ikhlas dan tahu kehendak semua , kekalkan dasar menang-menang dan isu harga kita cerita hujung sekali. kita main lembu, lembu tu ada ruh, duit tu kertas je..uruskan benda ruh dulu..kertas tu last punya cerita..

okey..gua bukan menghina atau mengata, gua sekadar berkongsi falsafah..ingat kita dalam dunia glamour nie, kena jaga banyak benda. jom main lembu!

2 comments:

  1. haha..den suka cara bro nih.mkna win-win situation dua2 pihak baik pembeli n penjual..n den mmg galakkan pengguna beli direct dri penternak,harga lagi munasabah..tp kdang2 sbb nak deal tu payah so lbih snang pnternak jual kt orang tngah..hehe

    den tgh kaji sumber mkanan yg murah,berkhasiat utk teknik semi-intensif,makna bagi makan pagi dan petang lepas meragut.sbb utk kmbing terbukti knaikan berat bdan lbih tnggi,kambing lebih gembira dan kualiti daging lebih tinggi gunakan teknik ni kira semi-feedlot laa.hehe..

    ReplyDelete
  2. bagus bero,sentiasa belajar dari semalam. gua rasa kenaikan terbaik ruminan batang pisang cincang n pokok naga cincang..pokok yg berserat..gua mmg dah xblh focus kt kambing..sbb tu nak jual perabis..

    ReplyDelete