Tuesday, November 13, 2012

Main lembu ( lembu sangat erotik buat gua)

Hari agak untung kerana seharian di kandang rompin. Agak best buat pertama kali discovery gua sangkut dlm lopak. Memang blm masa gua nak masuk hutan dgn geng2 4x4..xboleh..

Gua letih giler tapi sbb benda bagus utk kongsi so, ilmu jgn simpan lama2..basi nanti!

Sebelum sampai rumah, gua lepak mkn mlm dgn seorang penternak yg sering disebut2 oleh vaterinar utk gua amik jadi sifu. Gua segan dgn otai, gua just tanya apa yg patut. Sambil mkn sambil belajar adalah pepatah baru kerana kalau menyelam minum air itu lebih kpd mengambil kesempatan tertentu.

Dari bab lembu sampai taik lembu sampai sistem kandang dan sampai satu soalan ini:

Sifu: ko bela lembu nie utk apa? Mcmana ko nk survive dgn lembu nie. Pegawai tu dok sebut nama ko, kami ketawa pun ada bila dia ckp ko dtg nk mntk ajar bela lembu. Xpernah orang muda mcm ko dtg mntk jd cikgu, dtg mntk lembu bnyk la..
Gua: bero( mula2 je abg2, pastu mak kepala trs) aku bkn nk trading, bukan broker, bukan pusher..aku nak main lembu. Maksud aku, aku ada cara aku dan objektif kita tetap sama end up menjual lembu. Nak survive, jgn ikut arus, kita lawan arus.
Sifu: hmm..cuba ko citer plan ko?
Gua: business intelligent mana blh citer bero, rahsia kerajaan..hahaha..nanti la aku citer. Nanti ko ckp aku gila plak..hee
Sifu: pegawai tu dok asyik sebut nama ko padahal berapa ramai bdk yg dt jmpa dia tp dia xsebut pun nama org lain. Apa benda yg ko ckp kt dia smpi dia sungguh2 nk ko buat.
Gua: dah tu, dia tanya aku nak mntk apa. Aku ckp la aku nak mntk dia ajar aku. Aku bkn mntk duit ke lembu ke . Aku ckp terus terang kt dia..aku mmg serius nk main lembu. Awal thn aku jmpa dia, aku ada 9 ekor je. Pastu aku dtg kali kedua, aku mntk benda yg sama. Dia tanya aku dah ada berapa ekor. Aku ckp dah ada 50 ekor. Dia tanya lg aku dah pegang taik lembu ke belum. Aku ckp kalau aku xpegang taik lembu, sapa yg nak cuci kandang utk aku. Aku ckp kt dia, dulu aku dtg mungkin aku nmpk xserius. Skrg kandang aku lengkap dgn fasiliti walaupun kandang aku xhebat..dia ckp dia nk dtg tgk nextmonth..tup tup esok pagi dah cal aku dah sampai kandang. Dia tgk semua yg aku ckp aku ada.kt kandang dia tanye aku punya plan. Aku pun citer sket2. Xtau plak dia hargai usaha aku. Minat aku. Bero, gua org kampung ma, makan mcD bkn jiwa gua, tetap petai belacan jgk.
Sifu: cuba ko citer sket apa yg ko rasa ko blh hentak market.
Gua: aku main lembu bkn trading lembu.
Sifu: apa bezanye?
Gua: maaf kalau jwpn ini kalau menguris hati, orang trading lembu, broker lembu atau fidlot lembu apapun terma tetap sama. Beza bkn sebab kandang ko besi, kandang aku kayu kandang dia mahal. Beza kpd mcmana kita menilai setiap inci projek kita.
(Terus dia stop mkn) majoriti semua mmg untung dgn lembu tp pernah tak amik tau sejarah lembu, kasta lembu dalam tamadum manusia selain daripada pepatah melayu kita yg menganggap lembu itu simbolik kebodohan. (Dia geleng kepala) semua orang aku tanya, semua ckp tak pernah walaupun mereka berjaya dgn lembu mereka. Kalau sejarah lembu pun kita tak tahu, mcmana nak kata lembu kita itu bermutu. Kita letak dalam kandang hebat bkn arti lembu kita itu bagus. aku cari ttg sejarah lembu. Dari seni mencipta kobe sehingga pengiktirafan benteng sebagai hak istimewa indonesia. Dari sejarah mereka, aku rasa aku kenal siapa itu lembu. Dimana kasta mereka kpd manusia. Apa istimewa dan unik mereka sehingga dlm kitab kita ada terselit kisah mereka. Dengan sedikit ilmu ini, aku nmpk lembu bukan sekdr lembu. Kalau korg ckp korg jual lembu kerana berat dan besar, pilih lembu kerana ia nmpk gah, bg aku, semua lembu tetap lembu tetapi mereka itu unik sebagai satu ciptaan tuhan. Senang cerita lembu sgt erotik buat gua. Kalau ko tgk kandang aku, mesti ko akan ckp apa la kandang mcmnie. Smua org komen kandang aku, aku kisah apa, aku mahu nilai estetika pada projek aku dan lembu2 aku. Kandang aku mmg xnmpk kandang tp itulah yg lembu selesa. Bergeser pada kayu, bebas melangkah, pijak tanah. Manusia pun kalau dok rumah xde tanah boleh stress, mengapa lembu tidak?
Sifu: apa yg ko nak buat sebenarnya?
Gua: kalau aku cakap aku bela lembu tp tak jual lembu. Mcmana?
Sifu: pelik la otak ko, cuba straight
Gua: gua main lembu, gua nak lembu gua special, gua nak buat habitat sebaik mungkin utk mereka, bukan membina kandang moden mengubah hidup mereka secara paksa. Gua msh baru dlm bidang nie. Gua nak kita buat sesuatu yg baru. objektif kekal sama tapi cara luar dari minda. Aku nak org akan anggap lembu bkn sekdr lembu seperti sebelum ini.
Sifu: mcmana?
Gua: jom main lembu, jgn trading lembu
Sifu: hmm..aku pulak yg bljr dgn ko.
Gua: tak, aku nie anak murid ko, tp bgs kalau seorg guru blh dgr idea anak murid dia.
Sifu: jadi mcmana kita nk buat?
Gua: mula2 tanya apa yg kita nak? Kuantiti atau kualiti?
Sifu: aku sebat dua2..
Gua: tak boleh, hidup kita sentiasa dibayangi 2 perkara. Masalah dan kos lepas. Kita merujuk kpd kos lepas. Kos lepas nie mcmnie, utk dptkan sesuatu kita kena lepaskan sesuatu. Kalau kita nak kuantiti, nescaya kualiti kita terlepas..boleh nak dua2 tp fokua satu dulu pastu baru amik yg satu lagi.yg mana dulu terpulang kpd hak masing2 kerana rejeki adalah hak masing2. Kalau rasa xblh henjut, pusing je. Bukan kita xde pendirian tp pendirian berubah mengikut keadaan. Tp kena fokus dan kena tahan.
Lets say kita ckp nk kualiti, jgn la main sapu je. Lembu jaga smua perkara mereka. Jgn ajar mereka membazir makanan, jgn ajar mereka jd liar. Kita ajar mereka ttg erti kasih sayang, kita ajar mereka bahawa kita hargai mereka kerana mereka adalah rejeki anak beranak kita. Benda ada nyawa mesti ada ruh. Bahasa ruh bkn bahasa inggeris atau bahasa jawa, ruh ada bahasa mereka sndr. Xcaya, ko pernah rasa setenang2 alam x bila tengok lembu2 ko berhenti makan tgk ko, pastu dtg kt ko. Kalau pernah mksdnya ruh kita berinteraksi dgn ruh mereka. Bila jd mcmnie, kk pun cantik anak dia bagi. Kalau kita main kuantiti, mesti angkut masuk kandang, kenal pun tidak dah jual kt org. Lembu tu dah mcm barang plak. Dah xde erotik dia kecuali dalam kepala otak kita, itu smua adalah wang. Gua tak suka itu mcm punya otak.
Sifu: mmg ko nie gila la.sampai mcmtu ko pikir pasal lembu. Tp aku tertarik gak dgn cerita ko nie.
Gua: cikgu ajar saya matematik, saya ajar cikgu antropologi, cikgu ajar saya sains, saya ajar cikgu ilmu mantik. Ilham bukan perkara biasa. Ilham tak semua org ada, idea itu langkah pertama dan ilham yg akan menjadikan sesuatu itu sempurna.
Sifu: betul la, aku sekarang nie mmg tgh blur. Dah mcm tersangkut tak tau apa aku nak buat.
Gua: tarik nafas, jgn melatah..masa akan menawarkan segala..tenang, masalah tu bayang kita.
Sifu: mcmana nak dpt ilham tu?
Gua: quran, aku amalkan baca surah ar-rahman, baca n faham isi dia..amal hari2. Sehari sebaris pun xpe janji kita faham isi dia. Itu yg aku amal dan aku rasa amaze dgn alam sekeliling kita. Tgk apa benda pun, minda aku dah bnyk idea keluar. Tgk cawan nie, apa yg ko blh pk ttg cwn nie.
Sifu: cawan lah..
Gua: aduhai..cuba kreatif, maksudnya aku mntk air tambah.hahaha..
Sifu: haha.. Terkena aku.. Haha..orser la kalau nak.
Gua: gurau je. Benda2 mcmnie kalau paksa otak terima pun boleh pening gak kepala. Mcmnie la. Mcm aku ckp td, bak kata che guevera, kalau nk berperang ingat tiga perkara, curut , buku dan senjata..nanti ko dtg rmh aku, kita lepak kandang aku yg xseberapa, aku potong curut utk ko sebagai tanda ko cikgu aku. Tarak hal curut sebatabg utk ko kalau ilmu ko berguna utk anak cucu aku. Pastu kita cross plan projek kita. Kita tgk mana yg cntk kita bg lg hot, yg xberapa tu ikut kita nak buat mcmana.
Sifu: aku mula2 jmpa ko, dgr apa kata pegawai tu ttg ko, aku xrasa dgn gaya ko mcmnie, ko boleh berckp benda2 mcmnie. Mula2 aku jmpa ko td, aku pk ko nie xde apa special. Tp ko perasan tak aku dok mengadap ko sampai berapa kali aku cuba alih kerusi nak tgk muka bdk nie, tak boleh jugak. Nak jugak mengadap ko. Aku xfaham sgt apa ko ckp tp aku suka ko. Nanti ko ajar aku lg.
Gua: ko cikgu, bukan aku..so, jgn ckp mcmtu. Aku bdk lg utk ajar ko, ko lbh berpengalaman dr aku. Kita sama2 la. Aku pun msh baru sgt dgn lembu.
Sifu: nanti jangan lupa share dgn aku plan ko, aku bkn jns cross line tp aku just nak tau benda baru. Mana tau, inilah benda yg pegawai tu dok cari selama nie. Benda baru utk kita snua.
Gua: insyaAllah, xhebat mana pun projek aku, cuma aku berusaha membuka mata org. Apapapun senua nie melibatkan masa. Aku bkn lahir2 atas tangan nurse hospital pakar. Aku lahir bidan kampung yg sambut. Pelan2 kayuh, janji kayuh sampai tua.
Sifu: last, apa yg ko nmpk ttg projek aku?
Gua: aiyooo..aku xberani ckp tkut sbb ko otai ma..
Sifu: xpe, aku nak tau.
Gua: semua dah cantik, sapa xkenal ko, kalau x, takkan pegawai tu sebut ko utk aku jdkan sifu. Cuma, kita nie melayu. Langkah dah ada, buka luas skit bagi lbh maju..lu otai ma..
Sifu: aku blm berjaya lg dan bila dgr ko ckp lg buat aku rasa mcm aku pun baru nak mula mcm ko. Garam aku mkn smua dah tawar..xmasin lg dah..hahaha
Gua: hahaha..

Kami bersurai dan ini pesan sifu:
Kalau kita main lembu, jgn kita menipu. Kita bg orang makan. Buat benda biar jujur..itu pesan bapak aku. Rezeki kita murah, jiwa kita tenang..

2 comments:

  1. assalamualaikum..perghhh..terbaiklah ilmu bro,den sukaaa..org yg mmpnyai perspektif pndgan yg brbeza..btw sapa sifu tu?kalu area rompin rasa knal la cket2..hehe

    ReplyDelete
  2. sifu tu nama xblh publish..dia segan..hehe

    ReplyDelete