Thursday, November 8, 2012

something for kids | sesuatu untuk anak-anak


THIS IS A COW | INILAH LEMBU!

L.E.M.B.U : (binatang/mamalia/tulang belakang, nouns)
contoh ayat : sungguh lembunya dia ( merujuk kepada mamalia)
                     kenapa perangai kau macam lembu (merujuk kepada nouns)

FAKTA: lembu ialah haiwan dan sampai bila-bila pun ia akan tetap diset sebagai haiwan.

di dalam peradaban malay / melayu, lembu ditujukan kepada sesuatu pee'l dungu, bodoh atau tidak berotak. persoalannya, mengapa? walhal dalam ketamadunan dan peradaban manusia, lembu ini terselit sejarah dan profil mereka yang tersendiri dalam setiap era kemodenan. 

malay/ melayu merujuk kepada sesuatu bangsa yang sangat unik dari tutur lidah, citarasa makanan, kesusasteraan dan semuanya termasuklah keunikkan kemahiran menafsir sesuatu menggunakan mata tak berotak. informasi/ data tidak berjaya jika tidak sampai kepada penerima/receiver. oleh itu, keunikan tersendiri dalam proses sempurna membentuk informasi menyebabkan informasi itu dianggap unik dan kekal sepanjangmasa. 

lembu adalah haiwan bukan binatang (  betapa unik bahasa malay, binatang kategori hitam) yang umumnya tahu zat mereka lebih kurang sama seperti manusia. bedanya tiada akal dalam otak dalam kepala. tiada agama dalam jiwa dalam dada. tetapi lembu ini sama seperti kita punyai ruh dan rasa yang tidak bisa kita lihat di dada atau di mana-mana. bila sesuatu itu punyai ruh maka mereka perlu dihormati seperti mana kita menghormati orang mahupun hidup atau mati. menghormati sudah cukup sempurna untuk termanya, tidak perlu memuja. 

jika dilihat era moden (kononya) lembu ini dikerat kepala, dijadikan pula bahan jenaka bodoh/ aktiviti bodoh. cuba kita fikirkan. adakah ini unik dari segi perbuatan dan ia akan kekal di dalam kefahaman bahasa kita seperti mana perumpamaan lembu kepada kebodohan dalam kesusasteraan kita. adakah ini akan menjadi kekal dalam budaya sehingga tiada otak baru yang ingin mengubahnya..sungguh lembu mereka yang tidak menghormati lembu dengan mengusung kepala ke pesta politik yang mereka rasa benar-benar belaka. ternyata mereka itu adalah lembu yang dicucuk hidup oleh tuannya dan diasak sebagai tulang belakang persatuan! 

jadi, lembu itu siapa dan bagaimana rupanya. jangan berat-berat yang penting kita tahu daging lembu sangat enak dan tinggi khasiatnya. 

No comments:

Post a Comment