Wednesday, November 21, 2012

Sayangi KK, lembu esotik milik kita

Gua memerhati, meneliti cerita dan bicara orangtua ttg KK, lembu esotik kita. Ia bukan rahsia tapi kita yang tidak pernah nak perasan keunikannya. Bila gua mula rasa ia unik maka KK bukan lagi lembu kenduri kawin semata. Ia boleh dikelaskan bersama wagyu yg aneh dari seni budaya jepun. Paling penting, kita ubah perspektif kita ttg bigger is better kerana saiz bukan nilai esotiknya. Kita orang kecil, maka gunakan sifat kecil itu sebagai satu keunggulan alami kita. Nanti jika ada modal utk penghasilan daging beku sendiri, pasti gua usahakan utk meletakkan KK seesotik wagyu dimata dunia. Sekarang buat dulu apa yg ada, gua bukan dpt modal mcm NFC, gua bukan kaya.
MASALAH UTAMA GUA SEKARANG BUKAN WANG TAPI TAPAK KANDANG YANG TAK RATA. Kalau diberi pilihan wang atau bekho, gua pilih bekho utk tolak bagi rata. Ada wang pun xguna sekarang kalau tapak kandang masih mcm sekarang..

AMARAN : jangan terlalu agungkan benda luar sehingga harta sendiri tergadai. Sayangi lembu KK milik kita.

No comments:

Post a Comment