gua ada sembang-sembang tepi kandang dengan beberapa penternak, bukan mengumpat tapi hanya kalangan kami yang memahami isi hati kami. mereka yang lain tetap tipikal walaupun mereka malu mengakuinya.
masalah berbangkit dan terus diungkit para penternak adalah bantuan dari pihak berwajib terutamanya bank yg dipertanggungjawabkan. jika gua ditanya satu soalan dan soalan ini acapkali diutarakan oleh otai-otai dan pegawai-pegawai jika kami berbincang. gua bukan sapa-sapa tapi sekurang-kurangnya, gua mampu menjadi falsafah penternak generasi muda.tidak banyak tapi sedikit ruang terbuka untuk mereka mendengar dan sedar apa anakmuda seperti kita rasa. terkilan, sedih, putus harapan dan tekanan. mereka sering menyalahkan anak muda dan sering soalan itu bagi mereka pisau yang tepat menikam perasaan gua. gua bukan jenis angkat bendera putih pastu biar orang lain kaler jadi merah yang gagah atau biru yang bersatupadu. gua akan angkat bendera hitam sebab gua tau hitam itu keunggulan. BAGAIMANA KITA NAK GALAKKAN ANAKMUDA MENCUBURI BIDANG INI, KALAU ADAPUN, SEMUA HANGAT-HANGAT TAIK AYAM, SEMUA TAU NAK SENANG!
gua tetap tenang walaupun terasa hati kerana gua salah seorang anak muda. jawapan gua untuk amarah mereka mudah sahaja. anakmuda/ kami bukan tidak minat, bukan tau nak senang je, bukan hangat-hangat najis binatang atau apa sahaja tohmahan umum. mungkin segelintir itu ada dan selebihnya masih sembunyi-sembunyi berusaha. kami bukan malu untuk keluar tapi buat apa untuk kami keluar sehingga hubungan kita tercalar. kami memang ingin keluar tapi enviroment akan menekan kami untuk sembunyi semula. contoh terang dan nyata, bila kami mulakan sesuatu projek, bila mahu ke depan, kami ingin bantuan untuk pembaikusahawan, apa kami dapat. jika kita main lembu, dapat bantuan dalam ringgit malaysia CUMA 100,000.00. bila kami cakap tak cukup, mereka cakap kami tamak tak reti bersyukur. tak cukup kuat dengan kata-kata, mereka masuk warta perdana bilang semua anakmuda melayu memang tak guna. datang melawat kandang kami, mulalah komplen itu ini, tau pulak suruh keluar modal untuk itu ini. kalau kita main lembu, angka sebegini tak boleh buat apa-apa. nak menjadi penternak tradisional pun tak bisa, inikan pula dengan angka ini mendesak kami agar menjadi moden. gua bukan nak tegakkan orangmuda dan membongkokkan orangtua. gua cuma mahu ruang untuk kami bersama-sama oranglama. sekaranglah masanya, tengah oranglama ada. bila dah tinggal nama, tak guna walau nama melakar sejarah dan teladan untuk bangsa. sampai mana nama itu bisa mengubah ekonomi bangsa.
R-U-A-N-G : ruang..eja satu-satu..abjad ada lima tapi sukar untuk dapatkan. gua sering menasihati para penternak yang bertemu gua. walaupun gua tidak bisa mendidik dan berkongsi terma-terma sains, skil-skil aneh penternakkan dan rahsia-rahsia penternakkan, namun gua akan menasihati mereka. lihat lembu di dalam pasung. jinak mereka dengan kita bisa berubah kerana mereka tahu tiada ruang lagi untuk mereka jika kekal jinak di sana. begitulah situasi kita, tak perlu terlalu jinak dengan mereka jika kita sedar ruang itu memang tiada dan sukar untuk kita. bebaskan diri. mereka tidak mampu memasung kita dengan pasung berteknologi kerana duit mereka dihabiskan melobi kroni-kroni. projek mega mereka itu karutan semata. tidak ada kebaikan untuk umum cuma baik untuk keluarga mereka. tak perlu kita membersihkan mereka. masa ini adalah masa untuk kita memanipulasi enviromen kita. adaptasi harus betul. jangan gopoh jangan melatah terus. ada cara kena gaya. mikail itu sentiasa bersama kita lagi-lagi jika jibril kenal kita ini jujur amanah ikhlas orangnya.
B-A-G-A-I-M-A-N-A : bagaimana?
mudah sahaja. dunia ini umpama sekitar kandang lembu. enviromen kita ini kandangnya dan manusia ini adalah lembunya. lihat lembu-lembu di sana. dilepaskan makan dan gemuk-gemuk belaka. begitulah masyarakat kita. dikatakan bebas merdeka hanya untuk makan sehingga kenyang. kemudian ditarik hidung. bagi mereka dunia mereka sudah cukup dan ikut sahaja jika ditarik hidung. janji makan kenyang sekali sekala dapat imbuhan garam. kita jangan jadi seperti mereka. kita sedar ada pelbagai keindahan alam, luar sedikit dari kandang. jangan takut meneroka. sampai bila nak set minda ada hantu dalam gelap sedangkan ia gelap kerana kita sendiri tidak nyalakan cahaya. kita makan apa yang diberi. kita amik garam jika memang itu ruji. tapi tak salah kita meneroka, keluar kepala dari celah kayu dikandang. mata kita melihat seluas-luas alam tanpa ada bayang baris kayu yang melintang. kalau kita dah nampak di situ ada kebaikan. marilah kita redah untuk raikan. lembu pun kalau lepas kepala dah tak kisah badan luka-luka bero. takkan kita tak berani. tengok lembu-lembu nie, kalau sekor keluar, kepala dia buat tak tau punya sebab dia kekal gemok kenyang makan kat sana. lainlah kalau dia dah tak cukup makan untuk bermegah-megah dengan rakan-rakan sekandangan.
No comments:
Post a Comment